
Oleh: NURUL ATIKAH BINTI MOHD RIDHUAN PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kolej UNITI Kota Bharu
Cikgu tadika adalah suatu pekerjaan dimana masyarakat terutamanya golongan wanita mengajar kanak-kanak yang berumur 6 tahun kebawah. Ianya suatu pekerjaan yang sangat murni dan hanya orang yang memiliki kesabaran yang tinggi sahaja akan kekal dalam bidang ini. Justeru itu, golongan lelaki juga boleh menceburi bidang ini kerana bidang Pendidikan awal kanak-kanak tidak termaktub kepada golongan wanita sahaja. Disini saya kempilkan beberapa sebab kenapa ramai memilih pekerjaan cikgu tadika ini
- SUKA KANAK-KANAK
Ramai cikgu tadika memang suka
berinteraksi dengan kanak-kanak. Mereka dapat rasa seronok melihat perkembangan dan keletah comel anak-anak kecil. Selain itu, ianya suatu terapi minda sekiranya anda betul-betul minat akan kanak-kanak dan boleh membuatkan anda berasa tenang walaupun berada didalam situsi yang mencabar kesabaran anda.
- MEMBENTUK GENERASI MUDA
Guru tadika berpeluang menjadi sebahagian dari perkembangan awal kanak-kanak. Mereka membantu membentuk kemahiran sosial, emosi, dan asas pembelajaran yang penting. Di era zaman serba canggih ini, wajarlah kita sebagai cikgu tadika membentuk kanak-kanak menjadi insan yang boleh berbakti kepada negara dan keluarganya. Oleh itu, orang yang paling penting selain ibu bapa adalah guru tadika kerana merekalah insan pertama yang membentuk dan mengasah bakat kanak-kanak.
- KERJA YANG BERMAKNA
Kerja ini sangat memuaskan hati kerana dapat memberi impak positif dalam kehidupan kanak-kanak. Setiap hari, cikgu tadika membantu anak-anak belajar perkara baru dan membina keyakinan diri. Disebabkan itulah, guru tadika memainkan peranan penting kerana kanak-kanak akan mengingati sekiranya guru mereka mengatakan perkara yang tidak baik terhadap diri mereka dan merasakan mereka adalah insan yang gagal dalam hidup mereka
- PELUANG BERKEMBANG
Banyak cikgu tadika yang meneruskan kerjaya mereka dengan mendapatkan kelayakan yang lebih tinggi, seperti diploma atau ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu ramai yang tidak mengetahui sekiranya apabila anda ada ijazah dan menambahkan satu sijil asuhan PERMATA kanak-kanak, anda sudah boleh membuka taska. Bukan menjadi cikgu tadika saja malah anda juga boleh menjadi seorang usahawan dalam bidang Pendidikan awal kanak-kanak.
🎓 Mahu mendalami bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak?
👉 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej UNITI KB membuka peluang untuk anda mendalami ilmu perkembangan, pembelajaran dan pengasuhan kanak-kanak serta membina kerjaya bermakna dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.🌟



