MQA/PA13843 | KPT : (N/812/4/0210)

Diploma Pelancongan Amalan Halal

Kursus Diploma Pelancongan Amalan Halal (DPAH) ini direka untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, operasi kaunter hadapan, perkhidmatan interpretasi pengunjung, sistem rangkaian global, pelancongan rekreasi, teknik pemandu pelancong, operasi dan pengurusan acara dan teknologi dalam pelancongan juga ditekankan untuk menyokong pemikiran kreatif dan kritis.

Perbezaan yang diketengahakn oleh Diploma Pelancongan Amalan Halal (DPAH) berbanding dengan Diploma Pelancongan yang lain ialah, silibus yang direka menekankan tentang sektor pelancongan dalam aspek agama Islam. Pelajar akan dapat membezakan antara sektor pelancongan secara global dan pelajar juga akan diberi pendedahan tentang sektor pelancongan kearah keislaman.

Semester 1
  • Introduction to Halal Tourism and Travel Management
  • Fundamentals of Tourism Management
  • Technology for Tourism Industry
  • Business Ettiquette and Communication Skills
  • English Language for Hospitality and Tourism
Semester 2
  • Fundamentals of Tour Guiding Skills
  • Travel and Tour Operations
  • Introduction to Tourism Events Management
  • Fares and Ticketing
  • Beginner Mandarin Language
Semester 3  
  • Customer Service for Hospitality
  • Transportation for tourism
  • Fundamentals of Accounting for Hospitality and Tourism
  • Islamic Marketing for Hospitality and Tourism
  • Bahasa Arab 1 
Semester 4
  • Islamic Global Travel Destination
  • Tourism Geography
  • People and Organisation
  • Fundamentals of Tourism Economy
  • Tourism Islamic Entrepreneurships
Semester 5
  • Hosting Muslim Travelers
  • Sustainable Tourism
  • Cultural and Heritage Management
  • Hospitality Human Resources in Tourism Industry
  • Tourism Business Law
Semester 6
  • Industrial Training (14 weeks)

LALUAN KERJAYA

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Agensi Pelancongan
  • Hiburan, Rekreasi dan Sukan
  • Industri Budaya
  • Pengurusan Majlis
  • Perhubungan Awam
  • Pengurus Pemasaran Pelancongan
  • Operasi Penerbangan
  • Hotel (“Food & Beverage” / Pengurusan)
  • Restoran

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

Siapa Yang Perlu Ambil Kursus Ini?

Pelajar yang berminat untuk menyertai atau bekerja di syarikat penerbangan, perjalanan syarikat, pengusaha pelancongan, syarikat rekreasi, syarikat pengurusan acara dan kapal persiaran. Program ini juga adalah persediaan awal kepada pelajar untuk melangkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Bantuan Kewangan atau Pinjaman

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional & KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Melanjutkan Pelajaran (Ijazah)

Sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pelancongan, Pengurusan Acara, Hotel dan Katering, Sumber Manusia.