MQA/FA1793 | KPT (R/143/4/0033) 05/202

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Program ini adalah hasil gabungan pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain.

Pembelajaran secara teori dan praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar dalam industri kanak-kanak. Kurikulum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dibangunkan sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.

Semester 1

  • Guru & Alam
    Pendidikan
  • Falsafah Pendidikan
    Awal Kanak-kanak
  • Foundation English
    Skills
  • Tumbesaran &
    perkembangan awal
    kanak-kanak
  • Pengajian Malaysia
  • Kemahiran Quran 1
  • Ko-k (bakat)

Semester 2

  • Matematik awal kanak-kanak
  • English for young learner
  • Sains untuk kanak-kanak
  • Aktiviti pengajaran sosio
    emosi untuk kanak-kanak
  • Pendekatan & teknik
    pengajaran &
    pembelajaran
  • Asas keusahawanan/Kemahiran Komputer /Bahasa Kebangsaan

Semester 3  

  •  Aktiviti fizikal peringkat
    Awal Kanak-Kanak
  • Perancangan Aktiviti
    Kerohanian & Moral
  • Perancangan Aktiviti
    Perkembangan
    Bahasa & Komunikasi
  • Pengajian Islam
  • Bahasa Arab 1
  • Ko-k (sukan)
  • Kemahiran Quran 2

Semester 4

  • Seni & Muzik Awal
    Kanak-kanak
  • Keselamatan,
    kesihatan & nutrisi utk
    Kanak-kanak
  • Teknologi untuk
    kanak2
  • Perancangan
    Persekitaran Pusat
    Kanak-kanak
  • Ibubapa,sekolah &
    komuniti
  • Bahasa Arab 2

Semester 5

  • Perancangan & pembangunan
    kurikulum pendidikan
    awal kanak-kanak
  • Pengesanan
    perkembangan kanak-kanak
  • Pengurusan
    Keusahawanan Pusat
    Pendidikan kanak-kanak
  • Kanak-kanak &
    keperluan khas
  • Pengurusan tingkahlaku
    kanak-kanak
  • MPU 4
  •  

Semester 6

  • Latihan Praktikum

Bidang kerjaya merangkumi sektor Pendidikan/Asuhan, Keusahawanan (Taska),
Pengurusan Pendidikan, Psikologi Kanak-kanak, Jurulatih Pusat jagaan kanak2, Usahawan
barangan tadika/taska, Pembekal bahan bantu mengajar dan lain-lain. 

Siapa Yang Perlu Ambil Kursus Ini?

Diploma ini sesuai untuk pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Program ini juga akan memberi latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Bantuan Kewangan atau Pinjaman

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional & KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Melanjutkan Pelajaran (Ijazah)

Graduan boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas atau Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-kanak dengan Keluarga.