Skip to main content

Senarai Program

Diploma Pelancongan Amalan Halal

KOD KELULUSAN
N/1015/4/0210

TEMPOH KELULUSAN
01/2026

KOD AKREDITASI
MQA/PA13843

TEMPOH PENGAJIAN
3 TAHUN

Daftar Minat
Kemasukan 2025

"*" indicates required fields

Apa Kata Pelajar?

Maklumat Program
Diploma Pelancongan Amalan Halal

Diploma Pelancongan Amalan Halal diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dalam industri Pelancongan, khususnya dalam mengaplikasikan prinsip dan etika halal serta perkhidmatan Mesra-Muslim dalam industri ini.

Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kemahiran dalam pengurusan pelancongan, kebudayaan, pemasaran, pengurusan acara serta pematuhan kepada syariat islam.

Melalui program ini, pelajar juga berpeluang untuk melawat destinasi pelancongan di luar atau dalam negara sebagai salah satu pengalaman praktikal yang melibatkan pengurusan penginapan, makanan, pengangkutan dan tempat lawatan.

Antara peluang kerjaya adalah sebagai perancang pelancongan, pegawai agensi pelancongan, pemandu pelancong, perancangan acara halal atau pengurusan hotel.

Dengan penekanan kepada inovasi dan integriti, graduan Diploma Pelancongan Amalan Halal mampu menyumbang kepada kemajuan industri pelancongan global yang lebih mesra dan beretika.

Laluan Menyambung Pengajian

Pemegang Diploma ini boleh meneruskan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Phd di mana-mana universiti samada di dalam atau luar negara. Antaranya, Ijazah Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Acara, keusahawanan dan perkhidmatan pelanggan atau mana-mana program berkaitan dengan Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

Syarat Kelayakan
Diploma Pelancongan Amalan Halal

Lulus SPM atau setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setara dengannya.

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)atau setaraf dengannya, dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP2.0) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred Maqbul atau yang setara dengannya

ATAU

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan

ATAU

Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan dan setara dengannya.

Peluang Kerjaya

Antara peluang kerjaya selepas pelajar menamatkan pengajian ini:

  • Penasihat pelancongan
  • Pemandu pelancong
  • Pegawai penempahan tiket penerbangan
  • Pemasaran dan jualan
  • Pengurus acara atau majlis
  • Berkhidmat didestinasi pelancongan (zoo, taman tema, muzium, dll)
  • Berkhidmat dalam badan kerajaan (kementerian pelancongan)

Struktur Kursus

  • Introduction To Hospitality
  • Fundamentals Of Tourism Management
  • Technology For Tourism Industry
  • Bahasa Arab 1
  • English Language For Hospitality And Tourism
  • Penghayatan Etika Dan Peradaban
  • Ko-ku 1 (Kemahiran Al-quran)
  • Fundamentals Of Tour Guiding Skills
  • Travel And Tour Operations
  • Introduction To Tourism Events Management
  • Fares And Ticketing
  • Beginner Mandarin Language
  • Ko-ku 2 (Sukan)
  • Customer Service For Hospitality
  • Transportation For Tourism
  • Fundamentals Of Accounting For Hospitality And Tourism
  • Islamic Marketing For Hospitality And Tourism
  • Business Etiquette And Communication Skills
  • Bahasa Kebangsaan A
  • Islamic Global Travel Destination
  • Tourism Geography
  • People And Organization
  • Fundamentals Of Tourism Economy
  • Tourism Islamic Entrepreneurship
  • Kursus Integriti Dan Pencegahan Rasuah
  • Hosting Muslim Travelers
  • Sustainable Tourism
  • Cultural And Heritage Management
  • Hospitality Human Resources In Tourism Industry
  • Tourism Business Law
  • Program Latihan Praktis
  • Latihan Industri

Brosur Program
Diploma Pelancongan Amalan Halal