Skip to main content

Senarai Program

Diploma Pengurusan Industri Halal

KOD KELULUSAN
R2/0414/4/0377

TEMPOH KELULUSAN
07/2028

KOD AKREDITASI
MQA/FA3527

TEMPOH PENGAJIAN
3 TAHUN

Daftar Minat
Kemasukan 2025

"*" indicates required fields

Apa Kata Pelajar?

Maklumat Program
Diploma Pengurusan Industri Halal

Diploma Pengurusan Industri Halal di Kolej UNITI Kota Bharu adalah program selama tiga tahun yang memfokuskan kepada pembangunan pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal dalam pelbagai industri di dalam dan di luar negara.

Bidang halal merupakan bidang kritikal dan sangat diperlukan dalam perkembangan industri semasa.

Lulusan program ini dapat menceburi sektor pengurusan pemakanan, perkhidmatan, perhotelan & pelancongan, pengurusan kualiti, farmaseutikal, kosmetik, kewangan dan keusahawanan.

Tambahan lagi, dengan pengumuman kerajaan mengenai Dasar Halal Negara untuk tahun 2025-2035 akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam Industri Halal untuk masa hadapan.

Di mana ia melibatkan pelbagai aspek pengurusan halal seperti perundangan, pensijilan, pengiktirafan badan pensijilan halal antarabangsa, teknologi dan inovasi, kepenggunaan, pandangan hukum dan fatwa, penyelidikan halal, analisis makmal, manfaat ekonomi dan sebagainya.

Laluan Menyambung Pengajian

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi seperti UiTM, UIAM dan USIM dalam bidang berkaitan, seperti:

  • Pengurusan Halal
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kewangan Islam
  • Sains Makanan dan Teknologi Halal
  • Pengajian Syariah dan Undang-Undang Islam
  • Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan Halal

Syarat Kelayakan
Diploma Pengurusan Industri Halal

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul; ATAU
  • Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ATAU
  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan.

Peluang Kerjaya

Graduan berpeluang menceburi pelbagai bidang seperti:

  • JuruAudit Halal
  • Eksekutif Halal
  • Penolong Agama
  • Penyembelih Halal
  • Pembantu Eksekutif Halal
  • Usahawan Produk Halal
  • Inspektor Kawalan Kualiti (QC)
  • Pengurus Restoran dan Dapur Hotel

Struktur Kursus

  • Tasawur Islam
  • Penghantar Halal & Haram Dalam Islam
  • Bahasa Arab Perdagangan 1
  • Computer Application in Business
  • Penghayatan Etika dan Peradaban
  • Bahasa Kebangsaan A
  • Usul Fiqh
  • Fiqh Al-Tathir
  • Ko-kurikulum (Tilawah Al-Quran)
  • Business Communication 1
  • Bahasa Arab Perdagangan 2
  • Fundamental of Halal Industry
  • Halal Law & Regulations
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Business Communication 2
  • Principle of Management
  • Sanitation & Hygiene Practice
  • Halal Quality and Certification Procedure
  • Integriti dan Antirasuah (KIAR)
  • Introduction to Halal Ingredients in Food Processing
  • Halal Slaughtering
  • Fiqh Muamalat
  • Islamic Organizational Behavior
  • Islamic Financial System
  • Program Latihan Praktis
  • Unit Operations in Processing Halal Food
  • Halal Services Industry
  • Halal Cosmetics & Pharmaceuticals
  • Halal Internal Auditing
  • Ekonomi Islam
  • Halal Marketing
  • Latihan Industri

Brosur Program
Diploma Pengurusan Industri Halal

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI KOTA BHARU!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami