368187-D / 199501038985
No Akuan Pendaftaran: DK215(D)
Seri Banun Bahtiar
”Mesej daripada Ketua Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah dan Salam Sejahtera,
Dengan rasa penuh syukur dan rendah hati, saya ingin mengalu-alukan anda ke laman web rasmi Kolej UNITI Kota Bharu.
Laman ini menjadi medium penting untuk menyampaikan maklumat terkini, memperkenalkan keunggulan institusi kami serta memperkukuhkan hubungan erat antara pelajar, ibu bapa, dan masyarakat umum.
Kolej UNITI Kota Bharu yang berpengalaman lebih 27 tahun komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan akademik, kemahiran teknikal, dan pembangunan sahsiah pelajar secara menyeluruh.
Matlamat kami adalah untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran dunia global yang semakin mencabar dan dinamik.
Justeru, sebagai sebuah institusi yang menitikberatkan kecemerlangan akademik dan nilai-nilai Islam, Kolej UNITI Kota Bharu berusaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, inovatif dan relevan dengan perkembangan semasa.
Kami juga sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama untuk membentuk masyarakat yang progresif dan berdaya saing. Sehubungan itu, kami ingin menjemput anda untuk mengenali lebih dekat program-program yang ditawarkan oleh Kolej UNITI Kota Bharu.
Berpaksi keperluan industri, pengajaran berkualiti serta pembudayaan pembelajaran bersepadu dan kemahiran keusahawanan sepanjang tempoh pengajian, semua program pengajian yang ditawarkan mendapat perakuan dan akreditasi Malaysia Qualification Agency (MQA).
Sebagai institusi pendidikan tinggi yang mempunyai reputasi unggul di Pantai Timur, Kolej UNITI Kota Bharu sehingga kini telah melahirkan lebih 5,000 orang graduan yang menjadi pilihan majikan sama ada di sektor awam mahupun swasta.
Akhir kata, saya berharap laman web ini akan menjadi sumber maklumat yang bermanfaat dan platform interaktif untuk semua pihak. Ayuh bina kecemerlangan dan capai impian kerjaya bersama kami Kolej Uniti Kota Bharu.
Selamat mengenali Kolej UNITI Kota Bharu!
Terima kasih.
SERI BANUN BAHTIAR
Ketua Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu
Kampus Kijang
Lot 1911, Jalan Pantai Cahaya Bulan,
Kelantan, 15350
Kota Bharu