Memilih bidang pelancongan di Malaysia adalah keputusan bijak bagi mereka yang bercita-cita membina kerjaya dalam industri yang dinamik ini. Peluang pekerjaan yang disediakan juga meluas.
Program diploma ini menawarkan pelbagai kelebihan yang bukan sahaja membuka pintu kepada pelbagai peluang pekerjaan, tetapi juga membolehkan pelajar memperoleh kemahiran praktikal dan pengetahuan mendalam tentang industri pelancongan.
Ok jom saya kongsikan relevan lagi tak bidang pelancongan di Malaysia.
Belajar Luar Kelas (Praktikal)
Dengan pembelajaran di luar kelas secara praktikal menjadikan bidang pelancongan ini masih relevan. Di samping ia menekankan kemahiran praktikal seperti pengurusan acara, pemasaran pelancongan ia juga mendedahkan kepada pelajar operasi hospitaliti yang berguna dalam dunia pekerjaan sebenar.
![bidang pelancongan di Malaysia](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000194-768x1024.jpg)
Contohnya seperti pelajar Diploma Pelancongan Amalan Halal di Kolej UNITI Kota Bharu diberikan tugasan untuk mencipta pakej pelancongan, membawa pelancong sebagai tour guide sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang mereka belajar di sini.
Pelbagai Subjek Diajar
Bidang pelancongan di Malaysia kebiasaannya mempelajari pelbagai subjek. Ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam industri pelancongan di Malaysia.
![bidang pelancongan di Malaysia](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000192-768x1024.jpg)
Di Kolej UNITI Kota Bharu, antara subjek yang di ajar dalam program Diploma Pelancongan Amalan Halal ini adalah
• prinsip dan pengurusan pelancongan,
• pemasaran pelancongan,
• geografi pelancongan,
• perkhidmatan pelanggan,
• pengurusan acara,
• undang-undang pelancongan,
• teknologi maklumat
• fares and ticketing
• pemandu pelancong
• komunikasi bahasa asing (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin)
Peluang Berjumpa Ramai Orang
Bidang pelancongan di Malaysia adalah industri yang sangat interaktif dan melibatkan banyak interaksi dengan pelbagai individu.
![bidang pelancongan di Malaysia](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000193-768x1024.jpg)
Pengalaman ini boleh di ambil dari latihan industri, projek lapangan, kuliah dan seminar, kerja berpasukan, pengurusan acaran dan pameran dan pengalaman kerja part time yang disediakan.
Dengan kemahiran berkomunikasi lebih dari satu bahasa menjadikan graduan diploma ini menjadi pilihan majikan.
Peluang Kerja Yang Pelbagai
Peluang kerja bagi program ini cukup luas dalam sektor pelancongan.
Selaras dengan Belanjawan 2024 yang akan memperkasakan pelancongan mesra muslim untuk menarik seramai 3.2 juta pelancong muslim ke Malaysia.
Asas ekosistem industri pelancongan halal dan hospitaliti mesra muslim yang baik adalah akses kepada makanan dan minuman halal, kemudahan penginapan serta aktiviti pelancongan atas support industri halal di negara Malaysia
Pusat Pelancongan Islam
Antara peluang pekerjaan yang dapat ditawarkan adalah:
• Pemandu pelancong (Tour Guide/ Mutawwif)
• Pengurus hotel/ resort
• Ejen pelancongan (Travel Agent)
• Penyelaras acara (Event Coordinator)
• Pengurus pemasaran
• Pengurus Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service Manager)
• Penulis atau blogger pelancongan
• Pendidik
![](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000196-1024x768.jpg)
Keunikan Diploma Pelancongan Amalan Halal
Pelancongan halal merujuk kepada konsep perjalanan dan percutian yang mematuhi prinsip dan syariat islam. Keunikan Diploma Pelancongan Amalan Halal hanya ada di Kolej UNITI Kota Bharu.
Berikut adalah beberapa elemen utama dalam pelancongan halal:
• Penginapan mesra muslim
• Kemudahan ibadah (dalam dan luar negara)
• Aktiviti yang patuh syariah
• Pemakaian yang bersesuaian mengikut aktiviti melancong
• Mengenali apa itu makanan halal
![](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000195-768x1024.jpg)
Oleh itu, jika anda gagal UPU, kredit 3 SPM pilihlah diploma pelancongan kerana ia membuka pintu kepada pelbagai peluang kerjaya yang menarik di luar sana.
Program ini tidak hanya menyediakan pengetahuan teori semata-mata, tetapi juga pengalaman praktikal yang sukar dicari.
InshaAllah dengan tekad dan semangat anda boleh berjaya dalam bidang ini.
Gagal UPU bukan bermaksud anda gagal untuk ke universiti,
Namun, anda punya pilihan kedua di Kolej UNITI Kota Bharu sebagai batu loncatan untuk anda masuk universiti di Malaysia mahu pun luar negara.
Anda Gagal UPU? Berminat Nak Sambung Belajar Bidang Pelancongan Halal?
Jom Daftar Diploma Pelancongan Amalan Halal Di KUKB!
Disediakan Oleh
Nur Amalina Johanis Binti Johary
Pensyarah Diploma Pelancongan Amalan Halal
Kolej UNITI Kota Bharu