Skip to main content

Cikgu tadika pastinya sangat dekat dengan kanak-kanak.

Ini adalah menjadi faktor utama bila ditanya “Kenapa nak jadi cikgu tadika ?” bagi mereka yang baru membina kerjaya.

Di tadika, kanak-kanak yang berumur 6 tahun kebawah ini akan diajar pengetahuan asas tentang pembelajaran. Dengan konsep belajar sambil bermain dalam suasana ynag fleksibel ini mampu merangsang perkembangan seseorang kanak-kanak.

Walaupun nampak mudah, namun nak jadi cikgu tadika ini merupakan pekerjaan yang sangat murni dan hanya orang yang memiliki kesabaran yang tinggi sahaja akan kekal dalam bidang ini.

Justeru itu, golongan lelaki juga boleh menceburi bidang ini kerana bidang pendidikan awal kanak-kanak tidak terhad kepada golongan wanita sahaja. Disini saya kongsikan beberapa sebab kenapa nak jadi cikgu tadika sebagai pilihan.

Suka Kanak-Kanak

Ramai cikgu tadika memang suka berinteraksi dengan kanak-kanak. Mereka seronok melihat sendiri perkembangan dan keletah comel anak-anak kecil ini.

Selain itu, ianya suatu terapi minda sekiranya anda betul-betul minat dengan kanak-kanak dan boleh membuatkan anda berasa tenang walaupun berada didalam situasi yang mencabar kesabaran anda.

nak jadi cikgu tadika

Membentuk Generasi Muda

Guru tadika ini secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada mereka yang membentuk genarasi awal kanak-kanak selain ibubapa kanak-kanak itu sendiri.

Ini kerana, jadi cikgu tadika ini membantu membentuk kemahiran sosial, emosi, dan asas pembelajaran yang penting dalam diri seseorang kanak-kanak itu. Sejak kanak-kanak ini berusia 1 tahun lagi, pelbagai cara asuhan dan didikan anak-anak yang perlu diterapkan oleh ibu bapa.

Agama islam sendiri telah menggariskan panduan, maka adalah perlu bagi ibu bapa muslim untuk mendidik anak mengikut acuan dan syariat yang telah digariskan dalam Islam.

nal jadi cikgu tadika

Di zaman serba canggih ini, wajarlah kita sebagai cikgu tadika membentuk kanak-kanak menjadi insan yang boleh berbakti kepada negara dan keluarganya. Oleh itu, orang yang paling penting selain ibu bapa adalah guru tadika kerana merekalah insan pertama yang membentuk dan mengasah bakat kanak-kanak.

Cikgu Tadika Sebagai Pilihan Kerja Yang Bermakna

Kerja ini sangat memuaskan hati kerana dapat memberi impak positif dalam kehidupan kanak-kanak. Setiap hari, cikgu tadika membantu anak-anak belajar perkara baru dan membina keyakinan diri.

Melalui kreativiti seorang guru tadika itu juga selain dapat meningkatkan potensi dan perkembanagn kanbak-kanak, ia juga dapat membantu guru-guru lain dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) di peringkat pra sekolah.

Penting bagi perkembangan seseorang kanak-kanak semasa peringkat pra sekolah atau tadika ini dijadikan sebagai penanda aras kerana ia merupakan persediaan awal sebelum seorang kanak-kanak itu melangkah masuk ke darjah satu awal persekolahan.

Guru di sekolah dan sudah pastinya ibu bapa akan sedar dan tahu akan perkembangan seseorang anak kecil jika rangsangan pembelajaran ini diberikan daripada awal lagi.

Situasi ini dapat membantu mengurangkan masalah ketidaksefahaman atau kekeliruan bagi seseorang kanak-kanak apabila masuk ke alam persekolahan. Contohnya sering dimarahi guru kerana ciri-ciri autism atau tahap pemikiran seseorang kanak-kanak itu.

nak jadi cikgu tadika

Peluang Berkembang

Banyak cikgu tadika yang meneruskan kerjaya mereka dengan mendapatkan kelayakan yang lebih tinggi, seperti diploma atau ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Selain itu ramai yang tidak mengetahui sekiranya apabila anda ada ijazah dan menambahkan satu sijil asuhan PERMATA kanak-kanak, anda sudah boleh membuka taska. Bukan menjadi cikgu tadika sahaja malah anda juga boleh menjadi seorang usahawan dalam bidang Pendidikan awal kanak-kanak.

Nak Jadi Cikgu Tadika Sebagai Pilihan?

NURUL ATIKAH BINTI MOHD RIDHUAN

PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KOLEJ UNITI KOTA BAHRU

Leave a Reply

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI KOTA BHARU!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami