Senarai Program
Diploma Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
KOD KELULUSAN
R2/0112/4/0033
TEMPOH KELULUSAN
05/2027
KOD AKREDITASI
MQA/FA1793
TEMPOH PENGAJIAN
3 TAHUN
Daftar Minat
Kemasukan 2025
"*" indicates required fields
Apa Kata Pelajar?
Maklumat Program
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.
Program ini adalah hasil gabungan semua pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain.
Pembelajaran secara teori juga praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar di industri kanak-kanak.
Kurikulum Diploma Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-Kanak direka sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.
Laluan Menyambung Pengajian
Boleh sambung ke peringkat ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak di UKM, UPSI, UNITAR, UMS, KUIS, KUIM, MSU dan lain-lain
Syarat Kelayakan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setara dengannya
ATAU
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setara dengannya serta sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setara dengannya
ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred Maqbul
ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam Pengasuhan Awal Kanak-Kanak /Pra Sekolah dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya satu (1) kredit dalam mana-mana mata pelajaran.
ATAU
Sijil dalam Pendidikan Kanak-Kanak atau yang setara dengannya
ATAU
Sijil atau yang setara dengannya.
Peluang Kerjaya
Bidang kerjaya merangkumi sektor:
- Pendidikan/Asuhan
- Keusahawanan (Tadika/Taska)
- Pengurusan Pendidikan
- Psikologi Kanak-kanak
- Pelukis atau Penulis Buku Cerita Kanak-kanak
- Pereka Alat Bantu Mengajar dan Permainan Kanak-kanak
- Penolong Pegawai Pendidikan
- Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (Kanak-kanak)
Struktur Kursus
- Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Guru dan Alam Pendidikan
- Tumbesaran & Perkembangan Awal Kanak-kanak
- Foundation English Skills
- Pengajian Malaysia 2*
- Penghayatan Etika dan Peradaban
- Falsafah dan Isu Semasa
- Bahasa Melayu Komunikasi 1 **
- Kemahiran Qur’an 1
- Ko Kurikulum (Bakat)
- Matematik Awal Kanak-kanak
- Aktiviti Pengajaran Sosio dan Emosi Untuk Kanak-Kanak
- English for Young Learner
- Sains Untuk Kanak-kanak
- Pendekatan dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Bahasa Kebangsaan A **
- Kemahiran Komputer *
- Asas Keusahawanan *
- Perancangan Aktiviti Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Perancangan Aktiviti Kerohanian dan Moral
- Aktiviti Fizikal Peringkat Awal Kanak-kanak
- Bahasa Arab 1
- Ko Kurikulum (Sukan)
- Kemahiran Qur’an 2
- Integriti dan Anti Rasuah
- Kesihatan, Keselamatan & Nutrisi
- Teknologi untuk Kanak-Kanak
- Seni dan Muzik Awal Kanak-Kanak
- Ibubapa, Sekolah & Komuniti
- Perancangan, Pengurusan Persekitaran Pusat Kanak-Kanak
- Bahasa Arab 2
- Pengurusan dan Keusahawanan Pusat Pendidikan Kanak-Kanak
- Perancangan dan Pembangunan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Pengesanan Perkembangan Kanak-Kanak
- Kanak-Kanak dengan Keperluan Khas
- Pengurusan Tingkahlaku Kanak-Kanak
- Program Latihan Praktis *
- Latihan Mengajar