Percutian bajet untuk pelajar

Cara Percutian Bajet Untuk Pelajar

“Jom Korang!!! Kita buat trip kawan-kawan..”.

Percutian bersama kawan-kawan semasa di kolej atau universiti adalah cara yang terbaik untuk mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan indah.

Namun, percutian bajet untuk pelajar merupakan cabaran bagi mereka yang ingin memulakan percutian.

percutian bajet untuk pelajar

Ingin tahu tips memulakan percutian bajet untuk pelajar? Berikut adalah beberapa tips untuk merancang trip bajet yang menyeronokkan dan berpatutan bersama kawan-kawan anda.

Rancang Percutian Bajet Untuk Pelajar

Penting tau untuk rancang percutian bajet ni. Sekurang-kurangnya kita dah dapat gambaran secara keseluruhan. Rancang ni termasuklah bajet, tempat penginapan, itenari percutian dan aktiviti sepanjang percutian.

Kerjasama Dalam Perancangan

Adakan sesi perbincangan dengan semua rakan yang terlibat untuk merancang trip. Setiap orang boleh memberi idea dan cadangan mengenai destinasi, aktiviti, dan bajet.

Dengan ini, semua orang merasa terlibat dan bertanggungjawab dalam menjayakan trip. Buat senarai destinasi, aktiviti, dan anggaran kos. Tempahan awal untuk tiket penerbangan, penginapan, dan aktiviti sering kali lebih murah.

Percutian bajet untuk pelajar

Setiap Orang Tetapkan Had Bajet Percutian

Tetapkan bajet keseluruhan untuk trip dan bahagi- bahagikan kepada komponen seperti penginapan, makanan, pengangkutan, dan aktiviti.
Pastikan semua rakan bersetuju dengan bajet ini untuk mengelakkan salah faham dan ketidakselesaan di kemudian hari. Pastikan anda berpegang kepada bajet ini semasa merancang percutian.

Pilih Destinasi Yang Mesra Bajet

Destinasi sesuai dengan bajet

Pilih destinasi yang tak terlalu jauh dari kolej dan tak memerlukan perbelanjaan besar. Destinasi tempatan atau tempat yang popular dengan pelancongan bajet biasanya lebih murah dan menawarkan banyak pilihan penginapan dan makanan.

Pertimbangkan untuk melancong ke tempat-tempat menarik dalam negara yang lebih murah dan mudah diakses.

Penginapan Yang Murah

Pertimbangkan untuk menginap di hostel, homestay, atau menyewa rumah percutian melalui platform seperti Airbnb. Penginapan seperti ini lebih murah dan sesuai untuk kumpulan besar.

Percutian bajet untuk pelajar

Berkongsi bilik atau katil boleh mengurangkan kos yang sangat ketara. Penginapan jenis ini juga bukan sahaja murah tetapi turut memberi peluang untuk bertemu dengan pelancong lain dan berkongsi pengalaman.

Cari Port Makan Yang Bersih Dan Halal

Penting untuk korang listkan port makan yang bersih dan halal ni.

Macam mana nak tahu? Ala korang tengok je review dari pelancong yang pernah berkunjung ke port makan tu.

Bila kata halal tu bukan hanya terikat dengan kandungan makanan yang berunsur haram saja. Tapi kena ambil port jugak dari segi kebersihan dan persekitaran juga.

Manfaatkan Diskaun Pelajar

Banyak syarikat penerbangan, penginapan, dan tempat pelancongan menawarkan diskaun khas untuk pelajar. Bawa kad pelajar atau bukti pendaftaran untuk menikmati diskaun ini.

Rancang Aktiviti Bajet Atau Percuma

Cari aktiviti yang tak memerlukan kos yang tinggi seperti mendaki bukit, berkelah di taman atau pantai atau lawatan ke muzium adalah contoh aktiviti yang murah tetapi menyeronokkan. Buat jadual aktiviti yang seimbang antara yang berbayar dan yang percuma.

Gunakan Pengangkutan Awam Atau Sewa Kenderaan

Pilih Kos Yang Efektif

Dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau kereta api untuk bergerak dapat peruntukan kos yang efektif.

Percutian bajet untuk pelajar

Jika destinasi memerlukan kenderaan, pertimbangkan untuk menyewa van atau kereta yang boleh dikongsi bersama.

Ini lebih menjimatkan berbanding menyewa beberapa kenderaan kecil.
Dengan perancangan yang baik dan sedikit kreativiti, pelajar dapat menikmati percutian yang menyeronokkan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Ingatlah bahawa pengalaman dan kenangan yang tercipta adalah lebih bernilai daripada wang yang dibelanjakan.

Selamat bercuti!!

Anda Berminat Untuk Sambung Belajar Pelancongan Halal?

Disediakan Oleh

Elyna Syazana Binti Kana

Ketua Program

Diploma Pelancongan Amalan Halal

Kolej Uniti Kota Bharu

Leave a Reply