muamalat islam bantu ekonomi islam

Bagaimana Muamalat Islam Bantu Ekonomi Islam

Muamalat Islam seharusnya tak menjadi asing lagi kepada masyarakat. Ini kerana ianya juga merupakan satu cabang ilmu hukum Islam yang berkaitan dengan aktiviti dan transaksi seharian masyarakat. Tidak kira dari segi urusan perdagangan dan juga hubungan sosial, muamalat islam bantu ekonomi islam secara khusus.

Bila disebut muamalat, perlu disedari dan difahami ianya mencakupi pelbagai aspek seperti jual beli, sewa-menyewa, pinjaman, kontrak akad dan lain-lain.

Ianya tidak hanya terikat kepada urusan perbankan seperti yang ditawarkan oleh sektor perbankan sahaja sebagaimana yang difikirkan oleh sesetengah masyarakat. Kenapa saya berkata sedemikian?

Ini kerana kesedaran masyarakat berkaitan ilmu ini masih berkurangan. Bila ditanya berkaitan muamalat, masih ramai yang beranggapan ianya berkait dengan sektor perbankan sahaja kerana ianya biasa digunakan untuk aktiviti dalam sistem kewangan dan ekonomi Islam.

Mempelajari bidang muamalat islam memberi kelebihan yang banyak baik dari segi keilmuan, amalan dan juga rohani.

Di sini saya ingin kongsikan bagaimana Muamalat Islam Bantu Ekonomi Islam.

Konsep Dan Hukum Muamalat Islam Patuh Syariah

Masyarakat dapat memahami konsep dan hukum yang berkaitan dengan transaksi
dalam Islam yang mencakupi jual beli, sewa, pinjaman, kontrak akad dan lain-lain.


Setiap transaksi tersebut haruslah mengikut prinsip-prinsip syariah yang sesuai. Prinsip asas dalam muamalat ialah keadilan dan ketelusan.

Transaksi yang dilakukan juga mestilah bebas daripada elemen riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi) yang dilarang dalam Islam.

Setiap transaksi yang dilakukan akan terdapat rukun dan syarat yang berbeza. Sebagai contoh, bolehkah kita meminjam kereta dan disyaratkan memulangkan kepada pemilik dengan mengisi minyak penuh?

Fahamilah bahawa konsep pinjaman adalah tidak boleh mengharapkan balasan. Sekiranya berlaku sedemikian, kontrak pinjaman tadi secara automatik bertukar kepada kontrak sewaan(ijarah).

Bayaran minyak yang diminta dikira sebagai upah/sewa ke atas kereta tersebut.
Walaubagaimanapun, sekiranya tidak disyaratkan, kita sebagai peminjam perlulah ada
common sense sekiranya menggunakan kereta tersebut. Ada baiknya diisi minyak
dengan seikhlas hati.

Muamalat Islam Mengamalkan Urusniaga Beretika

Etika merupakan ilmu tentang asas-asas akhlak yang menjelaskan baik dan buruk.

Ia perlu beserta tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam semua urusan termasuklah urusniaga.

Menjadi usahawan/peniaga tidak hanya perlu memikirkan berkaitan keuntungan semata-mata tetapi juga perlu memahami etika dalam menjalankan sesuatu urusniaga tersebut.

Urusniaga yang beretika adalah urusniaga yang bebas dari perkara-perkara yang dilarang dan diterap dengan perkata-perkara terpuji yang boleh menjamin
kemaslahatan ummah.

Sebagai contoh, bebas daripada penipuan, riba, pergaduhan,penindasan, pertikaian dan ketidakpuasan hati dalam berurusniaga sebagaimana petikan daripada al-Quran:

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil (iaitu jalan yang haram seperti riba) kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku secara suka sama suka di antara kamu.” [An-Nisa’:29]


Justeru itu, setiap perniagaan yang dijalankan perlulah dipastikan mematuhi prinsip
syariah.

Bermula daripada modal yang dikeluarkan, produk yang dihasilkan, urusniaga yang dijalankan serta pengedaran kepada masyarakat pun mestilah berlandaskan Islam.


Urusniaga yang jujur dan ikhlas boleh meningkatkan takwa dan menjadi ibadah yang
membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat. Usahawan dan peniaga yang bagus
adalah mereka yang mempelajari dan memahami serta mengamalkan kaedah
bermuamalah dalam Islam.

Muamalat Islam Bantu Ekonomi Islam

Dalam pembangunan ekonomi, Islam memberi kebebasan kepada semua untuk mencari dan memiliki harta mengikut kemampuan masing-masing.

Muamalat Islam mendidik masyarakat dengan keadilan sosial di mana setiap individu bebas mencari harta dan pemilikan asalkan dengan cara yang elok.

Pada masa yang sama mereka juga perlu melaksanakan segala tanggungjawabnya untuk kesejahteraan ekonomi bersama dengan mengeluarkan zakat, infaq dan sedekah.

muamalat islam bantu ekonomi islam

Tindakan ini mampu mengurangi jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Dengan ilmu muamalat juga, masyarakat dapat menciptakan sistem ekonomi yang lebih stabil yang mampu mendorong kepada pertumbuhan ekonomi yang sihat dan sejahtera.

Sebagai contoh dengan Sistem kewangan Islam yang dilaksanakan berdasarkan muamalat islam bantu ekonomi Islam dengan prinsip dan nilai Islam.

Dengan adanya pakar-pakar kewangan dan muamalat Islam yang menerajui, dilihat mampu membawa kepada pencapaian matlamat ekonomi negara bagi mencapai kesejahteraan ekonomi dan sosial.

Muamalat Islam Mampu Urus Kewangan Secara Bijaksana

Dengan mempelajari muamalat islam, masyarakat dapat belajar bagaimana menguruskan kewangan peribadi dan perniagaan secara bijaksana dan mengikut syariah.

Ini termasuklah simpanan, pelaburan, perbelanjaan, pinjaman dan perlindungan diri. Muamalat Islam mengajar kita untuk memilih simpanan berlandaskan syariah di bank-bank Islam.

Begitu juga dengan melabur dalam sektor dan unit-unit amanah Islam. Hal ini adalah untuk menjamin dan menjaga hasil dan keuntungan yang diperoleh adalah halal lagi baik serta tiada keraguan.

Tidak kurang juga syarikat perlindungan diri seperti takaful perlu menjadi pilihan utama masyarakat sebagai ganti kepada insurans konvensional yang dikhuatiri mengandungi unsur tidak patuh syariah.

Muamalat Islam Bina Watak Dan Sahsiah Diri

Dengan berkecimpung dalam muamalat Islam dapat membentuk individu yang beretika, berintegriti dan bertanggungjawab dalam setiap aspek kehidupan.

Antara perwatakan seperti kejujuran, keadilan, amanah, dermawan, tanggungjawab ini akan hadir dan ia berkait dengan sahsiah diri.
Kejujuran dan keadilan yang dipamerkan dapat meningkatkan reputasi dan kepercayaan masyarakat terutamanya kepada mereka yang terlibat dengan perniagaan.

Masyarakat juga akan menjadi lebih tahu, mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram dalam urusan kehidupan seharian.

Pembinaan watak dan sahsiah yang baik dapat memperkuatkan hubungan dengan Allah dan meningkatkan keimanan serta ketaatan kepada Allah.

Kesimpulannya, mempelajari dan mendalami bidang muamalat islam bukan sahaja memberi manfaat dalam aspek ekonomi dan kewangan. Anda tahu sambil belajar boleh buat duit klik sini

Malah ia juga dapat memperkuatkan nilai-nilai etika dan moral dalam kehidupan Muslim khususnya, serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

Anda Berminat Untuk Sambung Belajar Bidang Muamalat Islam?

Siti Munirah binti Ab Latif
Pensyarah Diploma Pengurusan Muamalat

Leave a Reply