Masyarakat di Malaysia sekarang masih ada yang keliru mengenai kaunseling dan psikologi. Ada yang beranggapan kaunseling dan psikologi adalah benda sama. Walhal, anggapan mereka itu adalah sama sekali adalah salah. Jom baca selanjutnya apa beza kaunseling dan psikologi ni?
Memang betul jika dilihat dari sudut luaran, kaunseling dan psikologi adalah dua bidang yang berkaitan dengan pemahaman dan car amengatasi masalah mental dan emosi manusia, tetapi terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya dari segi skop, pendekatan, dan pelatihan profesional.
Memang ada beza psikologi dan kaunseling jika kita lihat.Misalnya, pendekatan kaunseling lebih berfokus pada membantu individu mencapai matlamat peribadi dan meningkatkan kesejahteraan melalui teknik seperti perbualan teraputik,mendengar secara aktif, dan refleksi. Manakala, psikologi pula menggunakan pendekatan yang lebih diagnostik dan intervensi berasaskan bukti untuk menangani masalah mental. Jom bacaselanjutnya apa beza kaunseling dan psikologi.
Berbeza Definisi Dan Skop Tugas
Kaunseling lebih fokus pada membantu individu mengatasi isu-isu harian, seperti masalah perhubungan, tekanan kerja, dan kesedihan. Kaunselor sering membantu klien mencari jalan penyelesaian praktikal dan menyediakan sokongan emosi. Biasanya melibatkan interaksi jangkapendek hingga sederhana, dengan penekanan pada kemahiran penyelesaian masalah dan strategi coping.
Manakala Psikologi pula merupakan bidang yang lebih luas yang merangkumi kajian saintifik tentang minda dan tingkah laku manusia. Psikologi klinikal adalah salah satu cabang yang fokus pada diagnosis dan rawatan gangguan mental. Selain psikologi klinikal, terdapat cabang-cabang lain seperti psikologi perkembangan, psikologi kognitif, dan psikologi industri-organisasi. Psikologi boleh melibatkan penyelidikan akademik, penilaian psikometrik, dan rawatan jangka panjang untuk gangguan psikologi yang kompleks.
Berbeza Tujuan Dan Matlamat
Kaunseling bertujuan untuk membantu klien mengatasi cabaran hidup dan meningkatkan kesejahteraan harian mereka. Lebih menumpukan pada masa sekarang dan perubahan yang boleh dilakukan dengan segera dalam kehidupan klien. Psikologi pula bertujuan untuk memahami sebab-sebab asas dan mekanisme di sebalik tingkah laku dan gangguan mental. Psikologi klinikal khususnya bertujuan untuk menilai, mendiagnosis, dan merawat gangguan mental yang lebih kompleks dan kronik.
Berbeza Pengaturan Kerja
Seorang kaunselor boleh bekerja dalam pelbagai persekitaran seperti sekolah, pusat komuniti, klinik kesihatan mental, dan pejabat kaunseling swasta. Mereka mungkin bekerja secara langsung dengan individu atau kumpulan yang memerlukan sokongan untuk isu-isu kehidupan harian. Ahli psikologi pula bekerja dalam pelbagai tetapan termasuk hospital, klinik kesihatan mental, universiti, dan organisasi penyelidikan. Pakar psikologi klinikal mungkin menyediakan terapi individu atau kumpulan, menjalankan penilaian psikologi, atau terlibat dalam penyelidikan dan pengajaran akademik.
Terima kasih sudi meluangkan masa membaca!
Anda Berminat Mendalami Bidang Psikologi?
Disediakan oleh
Nor Anis Binti Mohd Jai
Pensyarah Psikologi KUKB