Skip to main content

Ada Nama Babi Dalam Bahan Produk

babi dalam bahan produk

Nama lain untuk babi dalam bahan produk makanan sering kali menjadi kebimbangan di kalangan pengguna beragama Islam. Adalah penting untuk kita sebagai pengguna cakna dengan menyemak aplikasi atau laman web yang berkongsi maklumat berkaitan produk halal.

Penggunaan babi dalam bahan produk ini tak terhad kepada makanan sahaja tetapi bahan kosmetik juga menggunakan nama bahan terlarang ini.

Nama Saintifik Mengaburi Nama Babi Dalam Bahan Produk

Kadang-kadang ada sesetengah pengeluar menggunakan nama babi dalam bahan produk yang lebih teknikal atau ilmiah. Keadaan ini boleh meragui dan mengaburi pengguna tanpa sedar.

Adalah wajar bagi pihak berwajib untuk melakukan pemantauan berkala sebelum perkara yang tak diingini berlaku.

Saya kongsikan di sini beberapa nama lain atau istilah yang mungkin merujuk kepada bahan yang berasal daripada babi:

Porcine

Porcine adalah nama yang merujuk kepada sesuatu yang berasal daripada babi.

Nama ini biasanya dijumpai di dalam produk farmaseutikal, makanan yang diproses, dan suplemen.

Porcine collagen atau porcine enzymes adalah beberapa contoh nama yang digunakan.

babi dalam bahan produk

Ham

Ham adalah jenis daging yang diperoleh daripada paha atau bahagian belakang babi yang telah diproses dengan cara diperap, diawet, atau diproses secara khusus.

Ham sering digunakan dalam pelbagai hidangan, termasuklah sarapan, sandwic, pizza, salad, quiche, sup, dan pasta.

babi dalam bahan produk

Ham juga dapat dijadikan sebagai bahan pelengkap dalam hidangan seperti omelet, soufflé, atau stuffing.

Bacon

Haa, nama ni biasa kita dengar kan. Bacon adalah jenis daging babi yang diperap dan selalunya disalai. Ia diambil daripada bahagian perut atau punggung babi.

Bacon sering dihidangkan dengan telur, roti bakar, dan pancake (lempeng). Ia juga sering digunakan di dalam sandwic, seperti BLT (Bacon, Lettuce, Tomato) sandwic.

babi dalam bahan produk

Potongan bacon juga sering ditambah pada salad untuk memberikan rasa dan tekstur yang lebih enak.

Selain itu, bacon juga digunakan dalam berbagai hidangan lain seperti pasta, sup, pizza, burger, dan sebagai pembungkus makanan seperti daging ayam atau sayuran.

Lard

Lard adalah lemak yang diperoleh daripada babi, biasanya diambil daripada lemak perut, punggung, atau organ dalaman.

Lard digunakan dalam pembuatan kek dan pastri, seperti pai dan biskut, kerana memberikan tekstur yang rangup dan lembut. Ia juga banyak digunakan dalam pembuatan roti untuk meningkatkan rasa dan tekstur.

Makanan bergoreng juga banyak menggunakan lard kerana ia boleh memberikan tekstur yang rangup. Ia juga digunakan dalam proses pengawetan daging seperti dalam pembuatan sosej.

Babi dalam bahan produk

Hog

Istilah hog merujuk kepada babi dewasa yang diternak untuk mendapatkan dagingnya yang biasa digunakan dalam pelbagai prroduk makanan.

Ia biasanya digunakan sebagai potongan daging segar ataupun diproses menjadi bacon, ham, sosej, dan lard (lemak babi).

Bila kita dah tahu nama yang digunakan merujuk pada bahan yang berasal daripada babi, kita sebagai pengguna dapat membuat pilihan yang terbaik kan. Mencari makanan yang halal lagi baik itu kan wajib! Anda nak tahu makanan halal yang mengelirukan.

Pengguna juga boleh menyemak status halal dengan lebih mudah di Portal Halal Malaysia. Semoga dengan perkongsian ini kita lebih berhati-hati dalam memilih produk yang kita makan dan gunakan sehari-hari.

Anda Berminat Belajar Bidang Halal?

Oleh,

Nurul Fatihah Bt Mohd Fauzi

Pensyarah Diploma Pengurusan Industri Halal

Leave a Reply

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI KOTA BHARU!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami