Skip to main content

7 Sebab Course Pengurusan Industri Halal Jadi Pilihan

course pengurusan industri halal

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan. Tahniah diucapkan kepada semua calon lepasan SPM 2023. Bagi mereka yang ‘gagal’ dalam SPM kerana tidak mendapat keputusan yang diidamkan, ingatlah setiap kegagalan adalah satu langkah menuju kejayaan. Saya kongsikan di sini mengapa course pengurusan industri halal jadi pilihan.
Jangan pernah berputus asa.

Orang yang tak pernah gagal adalah orang yang tak pernah mencuba sesuatu yang baru. Masih terdapat pintu lain untuk anda berjaya.

Bagi pelajar lepasan SPM yang masih buntu untuk memilih program yang sesuai, mengambil kos pengurusan industri halal adalah keputusan yang bijak bagi mereka yang ingin memasuki atau meningkatkan karier dalam industri yang berkembang pesat ini.

Berikut adalah 7 Sebab Course Pengurusan Industri Halal Jadi Pilihan!

Pertumbuhan Industri Halal Yang Pesat

Industri halal tak lagi terbatas kepada makanan dan minuman, tetapi telah berkembang kepada sektor-sektor seperti kosmetik, farmasi, pelancongan, logistik, dan kewangan.
Pertumbuhan pesat ini memerlukan lebih banyak profesional yang berpengetahuan dalam aspek pengurusan dan pematuhan halal.

Permintaan Global Yang Meningkat

Dengan populasi Muslim global yang besar dan semakin meningkat, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal juga terus bertambah. Negara-negara bukan Islam juga mula mengakui kepentingan pasaran halal, menjadikan peluang kerjaya dalam bidang ini lebih luas dan menarik.

course pengurusan industri halal

Pematuhan kepada Standard dan Peraturan Halal

Industri halal mempunyai standard dan peraturan yang ketat untuk memastikan kesucian dan kebersihan produk. Memahami dan menguruskan aspek-aspek ini adalah kritikal untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan mengelakkan sebarang isu perundangan atau reputasi.

Peningkatan Kesedaran dan Kepercayaan Pengguna

Pengguna Muslim kini lebih berpengetahuan dan peka terhadap status halal produk yang mereka beli. Mereka mengutamakan produk yang bukan sahaja halal tetapi juga toyyib (baik dan berkualiti). Program pengurusan industri halal melatih pelajar untuk memenuhi permintaan tinggi ini dan membina kepercayaan pengguna.

course pengurusan industri halal

Peluang Kerjaya yang Luas

Graduan course pengurusan industri halal mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai sektor seperti:

i. Pengeluaran dan pemprosesan makanan dan minuman halal
ii. Logistik dan rantaian bekalan halal
iii. Pelancongan dan hospitaliti halal
iv. Penyelidikan dan pembangunan produk halal
v. Audit dan pensijilan halal

Menyumbang kepada Masyarakat dan Ekonomi

Dengan meningkatnya permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal, graduan dalam bidang ini dapat memainkan peranan penting dalam menyokong ekonomi negara dan memastikan kesejahteraan umat Islam.

Oleh itu, Umat Islam perlu berwaspada dengan bahan-bahan dalam produk makanan yang digunakan sehari-hari. Boleh semak di sini

course pengurusan industri halal

Mereka dapat membantu dalam menyediakan pilihan yang selamat dan sesuai untuk komuniti Muslim.

Inovasi dan Pembangunan Produk Baru

Industri halal memerlukan inovasi berterusan untuk memenuhi permintaan yang berubah-ubah dan meningkatkan kualiti produk. Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan industri halal membolehkan individu terlibat dalam pembangunan produk baru yang memenuhi standard halal dan toyyib.

Dengan semua faktor di atas, jelas bahawa mengambil course pengurusan industri halal bukan sahaja membuka banyak peluang kerjaya tetapi juga membolehkan individu memberi sumbangan positif kepada industri dan masyarakat.

Anda Berminat Sambung Belajar Course Pengurusan Industri Halal?

@kolejunitikotabharu Anda Masih Buntu Nak Sambung Belajar Tapi Tak Tahu Nak Ambil Course Apa?🤔 3 Kredit SPM Layak Memohon❗ Jom Sertai Diploma Pengurusan Industri Halal Kolej UNITI Kota Bharu sekarang . Prospek Kerjaya Bidang Halal Meluas ✅ #jommasukkukb #lepasanspm2023 #spm2023 #3kreditspm #UNITIPilihanTerbaikAnda #KolejUNITIKotaBharu ♬ original sound – KolejUNITIKotaBharu

Disediakan oleh

Nurul Fatihah Binti Mohd Fauzi
Pensyarah Diploma Pengurusan Industri Halal
Kolej UNITI Kota Bharu

Leave a Reply

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI KOTA BHARU!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami