tekanan emosi di rumah

6 Cara Mengawal Tekanan Emosi Di Rumah

Kes jenayah domestik di Malaysia pada hari ini semakin meningkat dengan kes ibu kelar anak,suami sembelih isteri dan percubaan bunuh diri. Banyak hal yang menyebabkan jenayah ini terjadi terutamanya ibu suri rumah tangga yang sering mengalami tekanan emosi di rumah.

Saya kongsikan disini beberapa tips dan Cara Mengawal Tekanan Emosi Di Rumah.

Selain daripada berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada pakar, setiap orang perlu cakna dan mengambil berat dengan tahap tekanan emosi yang dihadapi oleh diri sendiri. Antara cara mengawal tekanan emosi di rumah ialah melakukan aktiviti yang disukai adalah seperti berkebun, melukis atau mewarna.

Faktor Tekanan Emosi di Rumah

Pelbagai faktor yang mempengaruhi tekanan emosi di rumah, antaranya ialah bebanan kerja rumah yang tak pernah selesai. Lebih-lebih lagi jika pasangan dan ahli di rumah tak memberi bekerjasama dan saling bantu membantu.

Tidak Mendapat Sokongan Ahli Keluarga Terdekat

Hanya melibatkan sebelah pihak sahaja. Faktor ini turut menjadi lebih parah apabila tidak mendapat sokongan daripada pasangan atau ahli keluarga terdekat ketika menghadapi tekanan emosi di rumah.

Mereka perlu dibantu bagi meredakan tekanan. Jika ada ahli keluarga terdekat anda yang sedang mengalami tekanan, bantulah mereka.

Konflik Hubungan Kekeluargaan

Bagi anak-anak yang bersekolah pula tak kira sekolah rendah atau menengah prestasi pelajaran yang tak dapat memenuhi keinginan ibu bapa juga punca mereka menghadapi tekanan emosi di rumah. Ibu bapa yang ‘sempurna’ ini dalam diam telah memberi tekanan dan kesan negatif terhadap anak mereka yang mula membesar.

Hal yang sering terjadi iaitu konflik rumah tangga yang melibatkan peranan suami dan isteri menjadi faktor hubungan kekeluargaan goyah dan memberi kesan yang besar kepada anak-anak yang meningkat remaja. Mereka turut menyaksikan pergaduhan ibu bapa, malah mereka melarikan diri dari rumah, kemurungan dan banyak lagi.

Bagi mereka yang sedang menghadapi tekanan emosi di rumah saya sarankan anda untuk cuba melakukan cara dan tips ini bagi membantu anda meredakan tekanan. Jom kita lakukan bersama-sama.

1. Melakukan Latihan Pernafasan Dalaman

Latihan pernafasan dalaman boleh membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan. Secara tak langsung ia dapat meredakan tekanan emosi di rumah. Salah satu teknik yang berkesan adalah pernafasan 4-7-8. Caranya adalah tarik nafas melalui hidung selama 4 saat. Kemudian, tahan nafas anda selama 7 saat. Akhir sekali hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut selama 8 saat.

tekanan emosi di rumah

2. Melakukan Senaman Berkala

tekanan emosi di rumah

Aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, berbasikal, atau yoga dapat meningkatkan mood dan mengurangkan stres. Senaman membantu melepaskan endorfin, yang dikenali sebagai hormon kebahagiaan.

3. Pemakanan Yang Sihat

Mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein, dan bijirin penuh boleh membantu menjaga tahap tenaga dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. Elakkan kafein dan gula berlebihan yang boleh meningkatkan kegelisahan.

tekanan emosi di rumah

4. Tidur Yang Cukup

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam. Tidur yang berkualiti penting untukmemulihkan badan dan minda anda. Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

tekanan emosi di rumah

5. Melakukan Aktiviti Kreatif

tekanan emosi di rumah

Melibatkan diri dalam aktiviti kreatif seperti melukis, menulis, atau bermain muzik boleh membantu mengalihkan perhatian daripada stres dan memberikan kepuasan.

6. Berkebun

Mewujudkan kebun mini di halaman belakang rumah boleh memberikan ‘kesibukan’ yang dapat membuatkan anda lupa akan tekanan yang dihadapi buat sementara waktu. Selain itu juga, kehijauan pokok dan warna warni bunga dapat membuatkan seseorang itu rasa tenang dan damai.

tekanan emosi di rumah

Semoga dengan perkongsian saya kali ini dapat membuka mata untuk anda cuba redakan seterusnya bebaskan tekanan emosi anda di rumah.

Jom bebas tekanan emosi! Nak baca post lain

Anda Berminat Untuk Sambung Belajar Bidang Psikologi?

Disediakan oleh:
Nor Anis Mohd Jai

Leave a Reply