Skip to main content

5 Tanda-Tanda Kemurungan Dan Penyebabnya

Merupakan gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang merasa sedih yang berpanjangan, letih, tidak bertenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti seharian. Gejala ini boleh berlarutan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu. Tanda-tanda kemurungan dan penyebabnya boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira faktor umur,bangsa dan jantina.

Kemurungan boleh berlaku dalam tempoh berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Siapa yang berisiko mengalami kemurungan?

Tanpa kita sedar, mungkin ada di kalangan ahli keluarga kita sedang mengalami kemurungan. Tanda-tanda kemurungan mungkin tidak kelihatan ketara namun perlu kita prihatin dan peka jika terdapat tanda-tanda kemurungan ini. Saya kongsikan di sini siapa yang berisiko mengalami kemurungan?

Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas / Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan

Seseorang yang mempunyai sejarah kemurungan sama ada yang berkaitan diri sendiri atau keluarga mempunyai risiko untuk mengalami kemurungan terutamanya apabila individu berkenaan berada dalam situasi sukar seperti kehilangan orang tersayang, masalah kewangan, penceraian, kegagalan dalam akademik, masalah kerjaya dan lain-lain.

tanda-tanda kemurungan dan penyebabnya

Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba

Individu yang mengalami kehilangan anggota tubuh badan secara tiba-tiba berisiko mengalami kemurungan. Contohnya seperti kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan pada tulang belakang dan tidak dapat menguruskan kehidupan seharian dengan sempurna, pemotongan anggota (Limb Amputation) akibat penyakit diabetes dan lain-lain.

tanda-tanda kemurungan dan penyebabnya

Faktor-faktor yang menyebabkan kesan fizikal seumur hidup ini sangat memberi kesan yang buruk pada diri disebabkan pesakit tidak bersedia dan sangat memerlukan support dari kalangan ahli keluarga terdekat.

Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba

Kesedihan akibat kehilangan orang tersayang merupakan satu pengalaman yang menyakitkan. Pelbagai emosi yang akan dialami seperti panik, kebimbangan, kerinduan yang teramat sangat. Ia mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak seperti sebelumnya.

tanda-tanda kemurungan dan penyebabnya

Penceraian/masalah rumahtangga/masalah keluarga

Penceraian atau perpisahan merupakan fenomena yang berlaku tanpa diduga. Ia boleh terjadi tanpa mengambil kira berapa lama tempoh sebuah perkahwinan itu terjalin. Kesan daripada fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada pasangan tetapi anak-anak turut merasai ketegangan dan konflik yang berlaku dalam sesebuah keluarga.

Hal ini boleh mengundang munculnya tanda-tanda kemurungan di kalangan ahli dalam keluarga.

tanda-tanda kemurungan dan penyebabnya

Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)

Selepas bersalin wanita mungkin akan jadi lebih sensitif dan lebih mudah menangis, tertekan, tidak cukup rehat serta letih. Mereka mempunyai perasaan yang lebih buruk terhadap diri sendiri dan lebih teruk jika mereka merasa tiada gunanya hidup.

tanda-tanda kemurungan dan penyebabnya

Krisis Ekonomi

Krisis ekonomi yang menekan hidup sehari-hari juga boleh menjadi faktor kemurungan berlaku di kalangan masyarakat kita. Apabila memikirkan masalah dan isu ini mendatang kan keserabutan dan ketidaktentuan fikiran.

Mangsa Dera

Wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan. Empat kategori penderaan kanak-kanak iaitu:
a) Penderaan fizikal
b) Penderaan seksual
c) Penderaan emosi
d) Pengabaian

tanda-tanda kemurungan dan penyebabnya

Tekanan Di Tempat Kerja

Mungkin ramai antara kita yang masih tidak sedar bahawa kesihatan mental di tempat kerja akan menghasilkan suasana yang selamat, kondusif dan produktif.

Tekanan di tempat kerja berpunca daripada intrinsik kepada pekerjaan, peranan individu dalam organisasi, pembangunan kerjaya, perhubungan di tempat kerja,struktur dan iklim organisasi.

Faktor-faktor yang disenaraikan di atas ini akan memberi kesan dan seterusnya akan mengundang kepada gejala kemurungan. Antara tanda-tanda kemurungan adalah

Kesedihan atau kekosongan perasaan yang berpanjangan. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi atau aktiviti yang biasanya
mendatangkan keseronokan.
Selain itu tidak ada matlamat hidup, mudah berputus asa juga merupakan tanda-tanda kemurungan.

Perasaan bersalah dan tidak berguna, mengalami gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur, hilang selera makan dan penurunan berat badan.

Merasa hidup tidak berguna, Rasa tidak tenteram dan mudah marah sehingga menyebabkan kurang daya tumpuan, dan sukar membuat keputusan adalah tanda-tanda kemurungan.

Cara pencegahan dan rawatan yang disyorkan sebelum berjumpa pakar adalah cuba bertenang dan sentiasa bersikap positif.

Jika anda mendapat preskripsi ubat perlu untuk patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan. Merancang kewangan dengan baik dan mengamalkan amalan gaya hidup sihat dapat membantu anda untuk mencegah gejala kemurungan ini daripada menjadi semakin buruk.

Sesi Kaunseling dan penggunaan ubat “Anti-depressant” perlu jika tanda-tanda kemurungan semakin jelas dan menggangu kehiduapan seharian anda.

Jika anda merasakan anda keseorangan menghadapi gejala kemurungan ini perlu untuk anda bercerita dan berkongsi dengan orang yang dipercayai bagi mengurangkan tekanan kepada diri. Anda juga perlu bertindak sebelum keadaan menjadi lagi parah.

Anda Berminat Dengan Bidang Kaunseling?

Oleh :
Nurazlinda Mohd Ghazali
Pensyarah Psikologi Kolej UNITI Kota Bharu

Leave a Reply

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI KOTA BHARU!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami