Di pasaran, makanan halal dan tidak halal boleh terjadi akan bercampur apabila ianya tidak diasingkan dan dilabelkan dengan jelas. Terdapat beberapa jenis makanan halal yang mengelirukan kerana masyarakat sudah terbiasa memakan makanan tersebut akan tetapi makanan tersebut sebenarnya tidak halal.
Di sini saya senaraikan lima makanan yang biasa boleh mengelirukan pengguna tanpa sedar.
1. Gula-gula getah
Gula-gula getah biasanya terdapat kandungan gelatin, yang mungkin berasal daripada babi atau haiwan yang tidak disembelih mengikut syariat Islam. Gelatin ialah bahan multifungsi yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti makanan dan ubat-ubatan.
Gelatin berasal daripada kolagen yang diperoleh dari pelbagai bahagian badan haiwan seperti babi, kambing, lembu dan ikan. Oleh itu, jika ingin membeli gula-gula getah perlulah memastikan produk yang dikeluarkan tersebut mendapat pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
![makanan halal yang mengelirukan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/05/img.png)
2. Marshmallow
Marshmallow adalah makanan ringan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bentuknya yang lembut dan tekstur yang kenyal dan manis menjadikannya satu tarikan untuk dimakan. Namun, marshmallow yang terdapat dipasaran kebanyakannya menggunakan sumber utama gelatin yang berasal daripada babi kerana kosnya yang lebih murah dan senang untuk diperolehi.
Walaupun begitu, terdapat juga marshmallow di pasaran yang tidak menggunakan gelatin dan membuatkannya sesuai untuk orang-orang yang mengamalkan gaya hidup vegan.
JAKIM sendiri mengingatkan orang Islam untuk berhati-hati dengan marshmallow import.
![makanan halal yang mengelirukan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/05/img2.png)
Antara alternatif untuk membeli dan menggunakan marshmallow yang halal adalah dengan memeriksa label pada pembungkusan produk tersebut terlebih dahulu dan pastikan marshmallow tersebut mempunyai logo halal.
3. Minuman Tenaga
Minuman tenaga biasa diambil oleh mereka yang gemar berjaga sepanjang malam atau mereka yang ingin mengekalkan tenaga tanpa berasa letih dalam menyiapkan kerja-kerja harian. Namun begitu, adakah sumber minuman tenaga tersebut adalah halal?
Minuman tenaga yang tidak mempunyai logo halal mengandungi taurine dan alcohol, dan ianya adalah daripada sumber yang tidak halal.
Jadi, untuk memastikan minuman tenaga tersebut adalah halal dan bukan makanan halal yang mengelirukan, perlu dipastikan logo halal mereka dan label tidak mengandungi bahan-bahan yang meragukan.
![makanan halal yang mengelirukan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/05/img3.png)
Kapsul Ubat Dan Supplement (Makanan Tambahan)
Pengguna biasanya tidak mengambil berat akan isu halal dan haram status ubatan asalkan ubat yang diambil dapat menyembuhkan penyakit yang dialami. Akan tetapi tahukah anda, kapsul ubatan kebanyakannya adalah daripada sumber gelatin yang tidak halal.
![makanan halal yang mengelirukan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/05/img4.png)
Islam menggalakkan umatnya berikhtiar dan berusaha mengubati sesuatu penyakit. Akan tetapi kaedah pengubatan dan ubat yang digunakan perlu dipastikan daripada sumber yang halal dan bukan daripada makanan halal yang mengelirukan melainkan adalah dalam keadaan yang darurah.
Jadi, antara alternatif yang boleh digunakan ialah cari kapsul ubat yang diperbuat daripada sumber yang halal seperti selulosa atau gelatin yang halal dan memiliki sijil halal. Hal ini kerana pada zaman yang serba canggih ini, terdapat banyak alternatif yang telah dilakukan untuk mendapatkan sumber daripada bahan yang halal.
Anda berminat nak sambung belajar bidang halal?
Nur Aqilah Bt Mohd Ezani
Pensyarah Diloma Pengurusan Industri Halal