Tak dinafikan produk makanan khususnya makanan tempatan dari pelbagai negeri antara salah satu elemen yang boleh menjadi tarikan untuk pengunjung datang ke sesuatu expo atau pameran. Baru-baru ini Kolej UNITI Kota Bharu (KUKB) telah mengadakan Halal Expo KUKB 2023. Terdapat 5 Makanan Halal Jadi Tarikan Di Halal Expo tersebut. Expo yang diadakan adalah sempena berlangsungnya Karnival Youthpreneur 2023 di kampus KUKB.
![makanan halal jadi tarikan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/04/halal-1024x1024.jpg)
Dianggarkan lebih 3000 pengunjung telah hadir sepanjang Halal expo yang diadakan selama tiga hari itu. Tak hairanlah di negara kita Malaysia memang ‘pantang’ ada expo makanan ‘viral’ pasti kena serbu. Rata-rata karnival tersebut mendapat sambutan yang meriah daripada pengunjung di sekitar Kota Bharu.
Aktiviti Menarik Pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal
Expo ini merupakan acara tahunan bagi Pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal Kolej UNITI Kota Bharu. Aktiviti yang menarik seperti ‘Konvensyen Halal, Let’s Talk About Halal’ turut mendapat sambutan daripada pelajar dan orang awam. Terdapat lebih 10 gerai yang dibuka sepanjang expo diadakan bermula dari 14 September-16 September 2023.
Gishta (Krim susu), Kunafa Cheese, Banana dan Coklat. Gerai ini turut dibanjiri pengunjung kerana ‘style’ pembuat kunafa menjadi tarikan. Bila beliau tarik cheese tu membuatkan pengunjung terpukau.
Makanan Jadi Tarikan Untuk Pengunjung
Setuju atau tidak, mungkin ini adalah cara untuk mereka ‘healing’ atau release stres. Rata-rata mereka yang sudah berkeluarga tak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini bagi mengisi masa lapang dengan keluarga di hari minggu. Jom saya kongsikan 5 Makanan Yang Jadi Tarikan semasa Expo Halal diadakan.
1. Kunafah
Kunafah atau asal nya disebut Kanafeh merupakan pencuci mulut makanan tradisi yang berasal dari negara Arab.
![makanan halal jadi tarikan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/04/download-7.jpg)
2. Churros No #2 Daripada 5 Makanan Jadi Tarikan
Churros semestinya tidak asing lagi di kalangn masyarakat kita. Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa yang menggemari coklat pasti suka dengan makanan ini. Teksturnya yang garing dan hot dari oven ini digabungkan dengan ‘dip’ coklat sudah cukup enak untuk dinikmati sebagai snek ‘faveret’.
![makanan halal jadi tarikan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/04/download-8.jpg)
3. Ubi Lambung
Tidak ketinggalan ubi lambung yang menjadi makanan tradisi negeri Terengganu kini telah meluaskan empayarnya dengan membuka lebih 5 francais di seluruh negara.
![makanan halal jadi tarikan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/04/ubi.jpg)
![makanan halal jadi tarikan](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/04/ubi2.jpg)
Tahniah diucapkan kepada pelajar Diploma Pengurusan Industri Halal yang terlibat sepanjang expo diadakan. Semoga expo ini akan diteruskan di masa-masa akan datang.