Skip to main content
Perlu Buat Bila Gagal UPU

Setiap pelajar mempunyai impian untuk sambung belajar setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Tapi anda tahu apa perlu buat bila gagal UPU?

Kebanyakan pelajar akan memohon untuk sambung belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengikut bidang dan pilihan universiti yang diminati.

Walaubagaimanapun, strategi pemilihan program pengajian di peringkat intitusi pengajian tinggi awam atau institusi pengajian swasta (IPTS) adalah penting bagi memastikan permohonan berkenaan berjaya.

Selain itu, pemilihan sesuatu program di IPTA/IPTS perlulah bersesuaian dengan kelulusan dan minat pelajar tersebut.

Perlu Buat Bila Gagal UPU

Pemilihan program pengajian yang bersesuaian ini Dapat membantu pelajar mendapat tempat seterusnya dapat score gred yang tinggi sepanjang pengajian dalam program yang dipilih.

Saya kongsikan kali ini 5 Langkah Perlu Buat Bila Gagal UPU.

Kenali Kelayakan Diri

Setiap pelajar lepasan SPM/STPM perlu tahu tentang tahap kelulusan yang dicapai semasa SPM/STPM.

Hal ini bagi memastikan tahap kelulusan yang dimiliki oleh pelajar adalah layak dengan syarat minimum yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian yang dipohon.

Perlu Buat Bila Gagal UPU

Oleh itu tak adalah mereka membuang masa dan berharap kepada permohonan yang tidak layak jika dah tahu lebih awal mereka tidak melepasi syarat kelayakan bagi program berkenaan.

Tahu Minat Sendiri

Setiap pelajar yang memohon untuk sambung belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) hendaklah memahami dan tahu tentang hala tuju pendidikan yang akan diikuti di IPT berkenaan.

Sebagai contoh pengajian dalam bidang Psikologi, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pengurusan Muamalat, Pengurusan, Pelancongan Amalan Halal, Pengajian Islam dan Pengurusan Industri Halal.

Perlu Buat Bila Gagal UPU

Hal ini kerana, kebanyakan pelajar gagal dalam pengajian atau mempunyai gred yang rendah disebabkan oleh tidak minat dengan kursus atau program pengajian yang diambil di sepanjang pengajian mereka.

Kenali Kemampuan Anda

Pelajar yang ingin menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian disarankan untuk membuat sedikit kajian tentang program yang akan diambil .

Contohnya dari segi tempoh pengajian, subjek-subjek yang akan dipelajari dan potensi pasaran kerjaya bagi bagi program yang diambil.

Setelah itu buat perbandingan dan perbezaan dengan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri sendiri.

Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar mengetahui serba sedikit berkenaan dengan kursus atau subjek yang akan diambil sekaligus menentukan sama ada pelajar mampu mengharungi cabaran dalam program tersebut sehingga tamat pengajian.

Buat Permohonan Rayuan Bila Gagal UPU

Jika permohonan UPU anda tidak berjaya, perkara pertama sekali buat rayuan.

Apa Perlu Buat Bila Gagal UPU? Jangan berputus asa.

Ramai je permohonan sebelum ini tidak berjaya tetapi setelah mereka membuat rayuan, permohonan mereka diterima.

Bagi pilihan program anda boleh pilih program yang mendapat pasaran kerjaya yang luas dan mempunyai kemahiran. Kemahiran ini sangat penting kerana dengan kemahiran yang anda ada nanti anda menjadi pilihan majikan.

Anda perlu ingat di pasaran kerjaya nanti anda akan bersaing pula dengan graduan dari IPTS yang rata-ratanya mereka mempunyai kelebihan dari segi kemahiran.

Dapatkan Pandangan Pakar

Pelajar perlu mendapatkan pandangan atau bimbingan daripada ibu bapa, keluarga atau guru. Pandangan tersebut perlu dalam memastikan pelajar memilih program yang terbaik serta mempunyai pasaran kerja yang luas pada masa akan datang.

Perlu Buat Bila Gagal UPU

Pelajar juga digalakkan untuk mendapatkan bimbingan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing.

Guru ini akan membantu membuat pemilihan program pengajian yang bersesuaian dengan minat, kelayakan, diiktiraf oleh MQA, wujudnya peluang pekerjaan, penajaan atau dana pengajian bagi program tersebut.

Pilih Lokasi IPT Yang Dekat Dengan Jiwa

Terdapat segelintir pelajar mempunyai masalah terutamanya apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Perlu Buat Bila Gagal UPU

Oleh sebab itu, pelajar perlulah memilih lokasi pengajian yang sesuai dengan jiwa dan ketahanan mental pelajar terutamanya dalam menghadapi kerinduan terhadap keluarga yang berada jauh.

Anda Buntu Tak Tahu Nak Ambil Bidang Apa Untuk Sambung Belajar?

Disediakan Oleh:
Nurazlinda Mohd Ghazali
Ketua Program Diploma Psikologi
Kolej UNIITI Kota Bharu

Leave a Reply

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke UNITI KOTA BHARU!
Biar saya bantu anda mencari Fakulti yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami