Pelancongan merupakan satu industri yang luas dan terus berkembang dengan pelbagai bentuk dan jenis. Selain daripada pelancongan konvensional seperti pelancongan budaya, pelancongan alam semula jadi, dan pelancongan pantai, terdapat juga jenis-jenis pelancongan aneh di dunia ini.
![Pelancongan Aneh Di dunia](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000169.jpg)
Berikut adalah beberapa jenis pelancongan yang aneh di dunia namun ia menarik, yang mungkin belum banyak diketahui ramai:
Pelancongan Gelap (Dark Tourism)
Istilah ‘dark tourism’ telah dicetuskan oleh dua profesor dari Glasgow Caledonian University, Malcolm Foley dan John Lennon pada tahun 1996.
![Pelancongan Aneh Di dunia](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000170.jpg)
Secara ringkas, ‘dark tourism’ membawa maksud pelancongan yang berteraskan kegelapan. Pelancongan gelap melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan dengan kematian, tragedi, atau peristiwa sejarah yang menyedihkan. Contohnya termasuk:
1.Tapak Holocaust di Eropah.
2. Muzium Genoside Tuol Sleng di Phnom Penh, Kemboja.
3. Ground Zero di New York City, Amerika Syarikat.
Pelancongan Bencana (Disaster Tourism)
![Pelancongan Aneh Di dunia](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000171.jpg)
Pelancongan bencana merujuk kepada aktiviti melancong yang bertujuan untuk melihat atau mengalami kawasan yang telah dilanda bencana alam atau bencana buatan manusia.
Pelancongan ini boleh melibatkan bencana seperti gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, atau banjir, Walaupun kontroversi, ia kadangkala dilakukan untuk melihat kesan bencana, memberi motivasi atau kesedaran serta membantu usaha pemulihan.
1. Pompeii di Itali selepas letusan Gunung Vesuvius.
2. Kawasan Tsunami Tōhoku di Jepun.
3. Kawasan Tsunami Banda Aceh di Indonesia
Pelancongan Nuklear (Nuclear Tourism)
![Pelancongan Aneh Di dunia](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000172.jpg)
Pelancongan nuclear pula merujuk kepada aktiviti melancong yang melibatkan kunjungan ke tapak-tapak yang berkaitan dengan tenaga nuklear, senjata nuklear, atau bencana nuklear.
Ini termasuk tempat-tempat seperti bekas tapak ujian nuklear, loji tenaga nuklear, muzium berkaitan nuklear, dan tapak-tapak di mana bencana nuklear berlaku. Beberapa contoh terkenal termasuk:
1. Chernobyl di Ukraine.
2. Fukushima di Jepun
3. Semipalatinsk Test Site di Kazakhstan.
4. Hanford Site di Washington, Amerika Syarikat.
Pelancongan Hantu (Ghost Tourism)
Pelancongan aneh di dunia yang sering menjadi tarikan pengikutnya adalah pelancongan hantu merujuk kepada aktiviti melancong yang bertujuan untuk mengunjungi tempat-tempat yang dipercayai berhantu atau mempunyai sejarah paranormal.
![Pelancongan Aneh Di dunia](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000173.jpg)
Ini termasuk lokasi seperti rumah berhantu, istana lama, penjara, tapak perang, hotel tua, dan tempat-tempat lain yang mempunyai reputasi sebagai kawasan di mana kejadian-kejadian aneh dan menakutkan berlaku.
Pelancongan Makanan Eksotik (Food Tourism)
Selain daripada itu, pelancongan aneh di dunia termasuklah pelancongan ini yang popular di kalangan mereka yang berminat dengan paranormal. Pelancong akan mengunjungi lokasi-lokasi yang dikatakan berhantu atau mempunyai sejarah seram. Antara tempat yang sering menjadi tumpuan seperti di bawah:
1. Salem di Massachusetts, Amerika Syarikat.
2. Edinburgh Vaults di Scotland.
3. Bangunan Berhantu di Malaysia seperti Kellie’s Castle
![](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000174.jpg)
Jika pernah mendengar mengenai pelancongan gastronomi, maka tidak akan lari dari melihat makanan yang dikategorikan sebagai eksotik. Dari sudut pelancongan, terma pelancongan makanan eksotik merujuk kepada aktiviti melancong yang bertujuan untuk menikmati, mencuba, dan mengkaji makanan dan minuman yang luar biasa atau unik kepada budaya tertentu.
Ia sering kali merujuk kepada makanan yang jarang ditemui atau dianggap luar biasaboleh pelancong. Ini boleh merangkumi hidangan tempatan yang menggunakan bahan-bahan yang tidak biasa digunakan, kaedah penyediaan yang unik, atau makanan yang mempunyai sejarah dan tradisi turun temurun.
Antara makanan eksotik yang seringkali menjadi tarikan adalah:
1. Fugu (Ikan Buntal) di Jepun.
2. Sannakji (Gurita Hidup) di Korea Selatan.
3. Balut (Telur Itik Berembrio) di Filipina.
4. Chorizo (Sosej Darah) di Brazil
Nak baca post tentang tips pelancongan yang menarik lagi selepas ini? Nantikan post akan datang ya!
Anda Nak Sambung Belajar Bidang Pelancongan Lain?
Disediakan Oleh
ELYNA SYAZANA BINTI KANA
(PENSYARAH DIPLOMA PELANCONGAN AMALAN HALAL)