Aktiviti bermain sambil belajar memainkan peranan penting dalam perkembangan fizikal, emosional, dan sosial kanak-kanak.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga dan membina kenangan yang lebih berharga.
Dalam post ini saya akan kongsikan beberapa jenis aktiviti yang sesuai boleh dilakukan oleh ibu bapa dan anak-anak.
![Aktiviti bermain sambil belajar](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000206.jpg)
Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal seperti bermain di taman, bersenam, berbasikal, berenang, atau bersukan bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga membantu dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak.
Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengajarkan mereka tentang kerja berpasukan, kepimpinan dan disiplin.
![Aktiviti bermain sambil belajar](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000207.jpg)
Aktiviti Sambil Belajar
Membaca buku bersama, membantu dengan kerja rumah, atau mengunjungi muzium sains dan sejarah adalah cara yang baik untuk memupuk minat anak-anak dalam pembelajaran.
Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran kognitif mereka, memperluas pengetahuan umum, dan membina asas akademik yang kuat.
![Aktiviti bermain sambil belajar](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000208.jpg)
Aktiviti Seni Dan Kreatif
Melukis, mewarna, membuat kraftangan, atau bermain alat muzik boleh merangsang kreativiti dan imaginasi anak-anak.
![Aktiviti bermain sambil belajar](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000209.jpg)
Ibu bapa juga perlu menyediakan peralatan yang mencukupi di rumah. Aktiviti seni juga dapat menjadi medium untuk anak-anak meluahkan perasaan mereka dan meningkatkan kemahiran motor halus.
Ibu-bapa juga dapat menghilang stressnmelalui aktiviti seni ini yang dilakukan bersama anak-anak. Lebih-lebih lagi seorang ibu,juga suri rumah yang selalu bersama dengan anak-anak tanpa rehat.
Boleh kemurungan jika melakukan rutin yang sama setiap hari kan!
Aktiviti Sosial
Menghadiri acara keluarga, bermain dengan rakan sebaya, atau menyertai aktiviti yang melibatkan komuniti dapat membantu anak-anak belajar tentang interaksi sosial dan membina kemahiran berkomunikasi.
![Aktiviti bermain sambil belajar](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000210.jpg)
Ini juga penting untuk perkembangan empati dan kemahiran dalam menyelesaikan konflik.
Aktiviti Di Rumah
Mengajak anak-anak membantu dalam aktiviti harian di rumah seperti memasak, membersihkan rumah, atau berkebun dapat mengajar mereka tentang tanggungjawab dan kemahiran hidup asas.
Selain itu, aktiviti-aktiviti ini dapat menjadi peluang untuk ibu-bapa berbual dan berkongsi cerita dengan anak-anak.
![Aktiviti bermain sambil belajar](https://unitikotabharu.edu.my/wp-content/uploads/2024/06/1000000211.jpg)
Kesimpulan
Menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak melalui pelbagai aktiviti bukan sahaja mengeratkan ikatan keluarga tetapi aktiviti-aktiviti ini juga memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan menyeluruh bagi seorang kanak-kanak.
Ibu bapa harus berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti bermain sambil belajar yang sesuai dengan minat dan keperluan anak-anak mereka untuk membantu mereka membesar menjadi individu yang seimbang dan lebih berkeyakinan.
Anda Berminat Dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak?
Disediakan Oleh
Fatin Najihah Binti Amran
Pensyarah Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej Uniti Kota Bharu.