You are currently viewing 4 Cara Mengasuh Anak Perspektif Ibubapa

4 Cara Mengasuh Anak Perspektif Ibubapa

Cara mengasuh anak merujuk kepada cara atau pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa atau penjaga untuk membesar dan mendidik anak-anak.

Cara mengasuh anak ini amatlah penting untuk menentukan anda sebagai ibu bapa jenis yang bagaimana. Cara mengasuh anak amatlah penting kerana, ianya dapat mempengaruhi personaliti dan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Terdapat beberapa cara mengasuh anak yang biasa diamalkan dalam kehidupan seharian ibu bapa.

cara mengasuh anak

Mengasuh Anak Cara Autoritatif

Cara mengasuh anak ini digunakan secara meluas kerana ia sangat berkesan dan memberi manfaat untuk anak-anak. Ibu bapa lebih mesra dan responsif terhadap anak-anak. Malahan, ibu bapa menetapkan jangkaan yang tinggi daripada anak-anak, tetapi sangat memberi sokongan sepenuhnya buat mereka.

Bagi anak-anak yang dibesarkan dengan cara ini, mereka lebih cenderung bersikap mesra, bertenaga, ceria, pencapaian akademik yang tinggi, mempunyai lebih keyakinan diri dan kurang bersikap nakal.

Autoritarian

Ibu bapa dengan cara mengasuh ini tidak responsif terhadap anak-anak. Mereka mempunyai peraturan yang sangat ketat sehingga memberi tekanan buat anak-anak malah meletakkan jangkaan tinggi serta mengharapkan anak-anak taat kepada mereka tanpa kompromi.

Melalui cara mengasuh ini, anak-anak akan berasa rendah diri, lemah dalam pergaulan, terlibat dengan masalah jenayah atau mungkin terlibat dengan pengambilan dadah. Mereka juga lemah dalam pencapaian akademik.

cara mengasuh anak

Permissif

Dengan cara mengasuh anak ini, ibu bapa bersikap mesra, tetapi kurang bertanggungjawab. Ibu bapa gagal bertegas dan kurang mempunyai peraturan buat anak-anak. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga kurang memantau aktiviti anak-anak serta memanjakan anak-anak. Nak tau aktiviti yang boleh dilakukan bermain dengan anak ada banyak. Saya ada kongsi sebelum ini.

Anak-anak yang biasa bermain dengan ibu bapa mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan anak yang jarang bermain dengan ibubapa. Anak ini akan cenderung menjadi impulsif, memberontak, tidak senonoh, dominan, agresif dan rendah keyakinan diri, kurang kawalan diri dan pencapaian.

Pengabaian

Bagi cara mengasuh ini, ibu bapa bersikap dingin dan tidak responsif terhadap anak-anak. Tiada sebarang peraturan yang ditetapkan, tidak melibatkan diri dalam hubungan ibu bapa dan anak. Yang paling jelas daripada ibu bapa gaya ini adalah, mereka bersikap acuh tidak acuh terhadap anak-anak.

Kanak-kanak akan lebih cenderung mempunyai harga diri yang rendah dan keyakinan diri yang sedikit dan lebih teruk lagi, terlibat dengan masalah tingkah laku. Mereka mencari individu lain untuk menjadi contoh atau model selepas diabaikan oleh ibu bapa sendiri.

Anak-anak ini masih kecil. Jadi ibubapa lah yang akan membentuk peribadi dan cara kemenjadian seseorang anak itu.

Seperti dalam video yang telah viral semalam, seorang anak kecil 6 tahun pra sekolah tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila ibu nya cuba untuk menyelami perasaan anak kecilnya itu.

Menurut anak kecil itu, cikgu nya telah memarahinya kerana tidak tahu membaca.

Rata-rata netizen yang memberi komen memuji tindakan ibu tersebut menyantuni dan memberi respon kepada anaknya.

@june_erniey

Kerana aku seorang ibu, ibu masih blm sihat sepenuhnya, tapi tugas ibu nak handle anak2 ibu tu tetap ibu jalankan tak pernah dpt cuti, wlpn ibu tak sihat, masih lagi fasa kuat nangis adik nie,tapi cubaan nak sorok perasaan tu mmg tak kn pernah berjaya, sbb allah mmg hadirkan firasat pada sorg ibu apa sahaja tentang anak2. Ibu nak adik tau perjalanan hidup kita now tak boleh lagi nak manja2 sangat, kuatkan semangat utk kejayaan masa depan. #haylaelvina #mykidsrmyworld #kidsbelike #housewifereallife

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Kesimpulannya, cara mengasuh anak yang betul amat penting bagi menentukan anak-anak dimasa akan datang. Baiknya gaya asuhan ibu bapa itu maka baiklah kanak-kanak tersebut bila mereka besar nanti.

Anda Berminat Untuk Mendalami Bidang Asuhan Kanak-Kanak?

NURUL ATIKAH BINTI MOHD RIDHUAN

PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KOLEJ UNITI KOTA BAHRU

Leave a Reply