
Anda Tahu 3 Kredit SPM tu apa ya..? Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) “3 kredit” bermaksud seseorang pelajar telah mendapat gred C atau lebih baik dalam tiga mata pelajaran. 3 Kredit SPM nak ambil course apa..?
Kredit dalam SPM biasanya digunakan sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program pengajian lanjutan seperti diploma, sijil kemahiran, atau kursus pra-universiti.
Jangan bersedih ye adik-adik.
Perjalanan pengajian anda tidak akan terhenti disitu. Terdapat beberapa pusat pengajian dan kolej swasta yang menawarkan permohonan diploma dengan syarat kelayakan 3 kredit SPM bergantung kepada kursus yang ditawarkan.

Jom saya kongsikan beberapa pilihan bagi mereka yang masih buntu mendapat 3 kredit dalam SPM nak ambil course apa..?
Sijil Kemahiran Malaysia
Anda boleh memohon untuk mengambil kursus sijil kemahiran di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, atau Pusat GIATMARA.

Kursus-kursus ini biasanya lebih praktikal dan memberi tumpuan kepada kemahiran teknikal.
Program Pra Diploma
Beberapa institusi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) menawarkan program pra-diploma yang direka untuk pelajar yang tidak memenuhi syarat minimum untuk kemasukan terus ke program diploma.

Program ini membantu pelajar meningkatkan kelayakan akademik mereka.
Kolej Vokasional
Kolej Vokasional menawarkan kursus-kursus yang berorientasikan kepada latihan vokasional dan teknikal. Kursus-kursus ini biasanya lebih praktikal dan boleh membantu pelajar memperoleh kemahiran khusus dalam bidang tertentu.

Kursus Jangka Pendek
Banyak institusi latihan menawarkan kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang seperti komputer, pengurusan pejabat, masakan, dan sebagainya.
Kursus-kursus ini boleh membantu anda memperoleh kemahiran tambahan yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan.
Kolej Swasta
Sesetengah kolej swasta menawarkan program sijil yang mungkin tidak memerlukan kredit SPM yang tinggi. Anda boleh menyemak dengan kolej-kolej tersebut untuk mengetahui syarat-syarat kemasukan mereka.
Contohnya, di Kolej Uniti Kota Bharu yang menawarkan program-program Diploma yang hanya memerlukan 3 kredit SPM untuk pendaftaran diploma.

Adalah penting untuk anda menyemak dengan institusi yang ingin anda pohon untuk mengetahui syarat kelayakan yang betul. 3 Kredit SPM nak ambil course apa? Pengurusan Industri Halal, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Psikologi, Pengajian Islam.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada kaunselor kerjaya di sekolah atau pusat kerjaya untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik.
Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan bagi bidang yang anda ingin ceburi. Usah risau jika ada masalah kewangan. Nak tahu buat duit sambil belajar?
Ingat!! “Kejayaan bukanlah akhir, kegagalan bukanlah kiamat, itulah yang memberi semangat untuk terus mencuba”
Anda 3 Kredit SPM Buntu Nak Ambil Course Apa?
Disediakan Oleh
Elyna Syazana Binti Kana
Ketua Program
Diploma Pelancongan Amalan Halal
Kolej Uniti Kota Bharu