
Keadaan ekonomi tahun 2024 semakin mencabar. Kebanyakan mereka yang sudah bekerja tak kira sektor awam atau swasta terpaksa membuat kerja tambahan untuk menampung kehidupan seharian.
Keadaan ini juga turun terkesan kepada golongan pelajar yang ingin sambung belajar ke universiti. Pilihan yang ada terpaksa buat duit sambil belajar bagi mengurangkan beban menampung kos yuran dan sara hidup.
Ada di kalangan mereka terpaksa mencari sendiri duit untuk menampung keperluan pembelajaran mereka. Terdapat pelbagai cara yang boleh pelajar cuba untuk buat duit sambil belajar.
Saya kongsikan di sini 3 cara buat duit sambil belajar Antaranya ialah
Menjual Secara Online Cara Buat Duit Sambil Belajar Paling Top
Jualan online atau jualan atas talian adalah satu cara yang popular dan berpotensi untuk menjana pendapatan yang menguntungkan. Malahan, membuat jualan secara online lebih menyenangkan dan tidak memerlukan banyak modal.
Maka, pilihan ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin buat duit sambil belajar.

Para pelajar boleh memilih untuk membuat jualan barangan terpakai atau preloved dijual secara online. Selain dapat membantu mengurangkan pembaziran, membuat jualan secara online lebih fleksibel dan mudah bagi seorang pelajar.
Biasanya, orang selalunya hanya menyimpan atau membuang barangan yang tidak lagi mereka gunakan walaupun barangan tersebut masih dalam keadaan baik.
Oleh itu, pelajar boleh mengambil kesempatan ini untuk menggunakan barang mereka yang tidak lagi digunakan tapi masih dalam keadaan baik seperti buku, pakaian, alat elektronik atau perhiasaan untuk dijual secara online.
Pelajar boleh memulakan jualan barangan terpakai dengan mengumpulkan dan membuat pilihan barangan yang ingin dijual. Kemudian, para pelajar perlu menentukan harga dan platform yang sesuai untuk membuat jualan barangan terpakai ini.
Menjadi Dropshipper Juga Jadi Pilihan
Selain itu, para pelajar jugak boleh memilih untuk membuat jualan dengan menjadi dropshipper. Menjadi dropshipper adalah cara yang popular dan rendah risiko untuk memulakan perniagaan secara online.
Dalam model dropshipping, kita menjual produk tanpa perlu menyimpan stok. Pihak pembekal akan menghantar produk terus kepada pelanggan. Jadi, ia lebih memudahkan lebih-lebih lagi bagi pelajar.

Content Creator Jadi Rebutan Golongan Muda
Selain membuat jualan secara online, pelajar juga boleh memilih untuk membuat duit dengan cara menjadi content creator. Secara tidak langsung, pelajar dapat belajar teknik komunikasi berkesan dan teknik untuk berhadapan dengan orang ramai.
Dengan menguasai dua kemahiran tersebut, pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Sebelum memulakan langkah untuk menjadi seorang content creator, pelajar perlu memilih niche atau topik yang menarik dan diminati.
Kemudian, buatlah pengisian yang unik dan bermanfaat untuk disampaikan. Pelajar bolehlah memilih platform yang bersesuaian seperti TikTok, YouTube, Facebook dan lain-lain.
Freelancer Perlukan Skill Dan Pengalaman
Freelancer adalah seseorang yang bekerja sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Menjadi freelancer sambil belajar boleh menjadi cara yang terbaik bagi pelajar untuk mendapatkan pengalaman dan wang tambahan.
Ini kerana, bekerja sebagai freelancer selalunya tidak memerlukan komitmen untuk jangka masa panjang.
Langkah yang perlu diikuti oleh pelajar untuk memulakan kerjaya sebagai freelancer, adalah pelajar perlu mengumpul pengalaman dan menguasai bakat dan kemahiran yang mereka ada.
Kemudian, pelajar perlu membina sebuah portfolio. Kumpul semua hasil kerja terbaik yang pernah dilakukan di dalam portfolio tersebut. Portfolio juga boleh dibina secara online melalui aplikasi Canva atau Photoshop.
Dengan adanya portfolio, ia akan memudahkan pelajar untuk menunjukkan hasil kerja mereka seterusnya mendapatkan kepercayaan pelanggan.

Untuk menjadi freelancer juga, pelajar perlu belajar untuk membuat personal branding. Gunakan media sosial sepenuhnya untuk mempromosikan diri dan bakat yang ada dengan menggunakan kreativiti sendiri.
Dengan menjadi freelancer sambil belajar juga, secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk menjadi pekerja yang lebih berkualiti dan berpengalaman selepas tamat
belajar nanti.
Dengan mengikuti cara berikut, pelajar bolehlah belajar untuk buat duit sambil belajar dengan mudah. Belajar boleh, cari duit pun boleh.
Anda Berminat Nak Cari Duit Sambil Belajar?
NUR HIKMAH NIK ALLI @ ZULKIFLI
PENSYARAH DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL (DPIH)
KOLEJ UNITI KOTA BHARU (KUKB)