
Bila dengar sahaja mengenai bidang psikologi, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai bidang kerja menarik lulusan psikologi selepas tamat pengajian.
Apa bidang kerja yang diceburi jika mengambil bidang psikologi ini?
Jangan risau!
Malaysia kini amat memerlukan mereka yang mempunyai professional psikologi.
Hal ini kerana kes psikologi dan masalah kesihatan mental kian meningkat dan sangat diperlukan daripada pakar bidang psikologi.

Turut diakui bidang kerja menarik lulusan psikologi ini amat jarang diwar-warkan oleh masyarakat setempat dan pihak media di Malaysia.
Bidang Kerja Psikologi Sangat Diperlukan
Namun, percayalah Malaysia kini memerlukan ramai pakar psikologi dan kaunseling.
Saya kongsikan di sini beberapa bidang kerja menarik lulusan psikologi.
Selain menjadi pakar psikologi klinikal di hospital, antara bidang kerja menarik bidang ini adalah menjadi konsultan di mana-mana syarikat.
Ada juga yang berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi atau Pensyarah di mana-mana agensi kerajaan atau swasta.
Pelbagai Cabang Skop Bidang Psikologi
Bidang psikologi mempunyai pelbagai cabang yang boleh kita pelajari. Psikologi itu sendiri bermaksud belajar mengenai jiwa.
Jiwa amat berkait dengan kehidupan.
Ya! Belajar bidang psikologi ibarat anda belajar dan mendalami mengenai jiwa dan kehidupan seseorang termasuklah diri anda.
Disini saya senaraikan beberapa cabang bidang psikologi.
Psikologi Klinikal
Psikologi klinikal adalah cabang psikologi yang berfokus pada penilaian, diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mental, emosi, dan tingkah laku.
Psikologi klinikal menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah untuk membantu individu mengatasi masalah psikologi mereka, meningkatkan kesejahteraan mereka, dan mencapai potensi penuh mereka.

Psikologi Gunaan
Psikologi gunaan adalah cabang psikologi yang memanfaatkan prinsip-prinsip psikologi untuk menyelesaikan masalah praktikal dalam kehidupan seharian.
Ini melibatkan penggunaan teori dan kaedah psikologi dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan, kesihatan, sukan, dan undang-undang.
Pakar psikologi gunaan bekerja dalam pelbagai tetapan, termasuk sekolah, syarikat, hospital, agensi kerajaan, dan organisasi bukan kerajaan.
Psikologi Forensik
Psikologi forensik adalah cabang psikologi yang menggabungkan prinsip-prinsip psikologi dengan sistem undangundang.
Psikologi forensik melibatkan penggunaan ilmu psikologi untuk memahami berbagai aspek tingkah laku manusia dalam konteks hukum, termasuk penilaian kebolehan mental, kesaksian pakar, dan penyelidikan jenayah.
Bagi mereka yang tertanya-tanya bidang kerja yang boleh diceburi selepas tamat pengajian,
di sini saya huraikan beberapa bidang kerja menarik lulusan psikologi.
Jom baca!
Pakar Terapi Klinikal
Pakar terapi klinikal adalah profesional yang terlatih dalam memberikan rawatan psikologi untuk membantu individu mengatasi masalah mental, emosional, dan tingkah laku.
Mereka menggunakan pelbagai pendekatan terapeutik untuk merawat gangguan seperti kemurungan, kecemasan, gangguan personaliti, trauma, dan masalah hubungan.
Anda nak tahu tanda-tanda kemurungan? Boleh baca entri sebelum ini.
Pakar terapi klinikal menjalankan beberapa tugas utama, termasuk melakukan penilaian menyeluruh menggunakan wawancara klinikal, soal selidik, dan ujian psikologi untuk memahami masalah yang dihadapi oleh klien.
Selain itu merancang rawatan seperti merangka pelan rawatan yang disesuaikan dengan keperluan klien.
Ini termasuk menentukan objektif terapi dan memilih pendekatan terapeutik yang sesuai.
Mereka bertugas sebagai psikoterapi dalam mengendalikan sesi terapi individu, kumpulan, atau keluarga.
Konsultan Psikologi
Konsultan psikologi adalah profesional yang menggunakan prinsip-prinsip psikologi untuk membantu organisasi, individu, atau kumpulan meningkatkan prestasi, kesejahteraan, dan keberkesanan.
Mereka menyediakan nasihat dan sokongan dalam pelbagai konteks, termasuk perniagaan, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan peribadi.
Konsultan psikologi menjalankan beberapa tugas utama, termasuk membuat penilaian dan diagnostic iaitu menilai keperluan dan masalah klien atau organisasi menggunakan pelbagai alat penilaian seperti soal selidik, temubual, dan pemerhatian.
Selain itu konsultan psikologi ini bertugas sebagai pembangun program seperti merancang dan melaksanakan program yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan atau prestasi.
Contohnya, program latihan kepimpinan, pengurusan tekanan, atau intervensi kesejahteraan pekerja.
Psikologi Forensik
Pakar psikologi forensik adalah profesional yang menggunakan ilmu psikologi dalam konteks sistem perundangan dan keadilan.
Mereka memainkan peranan penting dalam menilai, mendiagnosis, dan memberikan rawatan kepada individu yang terlibat dalam sistem perundangan, serta menyediakan kesaksian pakar di mahkamah.

Pakar psikologi forensik menjalankan beberapa tugas utama, termasuk membuat penilaian kompetensi dan risiko seperti menilai apakah seseorang layak untuk diadili berdasarkan kebolehan mental mereka.
Ini melibatkan penilaian sama ada terdakwa memahami tuduhan terhadap mereka dan dapat mengambil bahagian dalam pembelaan mereka sendiri.
Menilai risiko seseorang untuk melakukan kejahatan di masa depan.
Pakar psikologi ini turut bertanggungjawab dalam profiling jenayah iaitu bekerja dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membantu mengenal pasti dan menangkap penjenayah berdasarkan analisis tingkah laku mereka.
Semoga dengan perkongsian saya kali ini dapat menambah sedikit pengetahuan anda mengenai bidang kerja menarik dalam jurusan psikologi.
Anda Nak Ambil Bidang Yang Mudah Dapat Kerja?
Jom sertai Diploma Psikologi di Kolej UNITI Kota Bharu!
Disediakan Oleh
Puan Nor Anis Mohd Jai