Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, dapat kita bersua lagi pada tahun yang mulia ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kolej UNITI Kota Bharu kerana memberi ruang kepada saya menulis ucapan aluan dalam portal ini.

Agenda utama Kolej UNITI Kota Bharu ialah untuk memperkasakan program pendidikan dan keusahawanan pelajar, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, KUKB juga menganjurkan program keusahawanan dengan kerjasama inisiatif-inisiatif yang ada di Kolej UNITI.

Kami tidak akan berhenti di sini kerana kami di KUKB sentiasa berusaha untuk melahirkan mahasiswa yang bersifat holistik, menerusi pelbagai program yang hanya boleh didapati di Kolej UNITI ini. Inilah hasrat dan cita-cita besar kami di Kolej UNITI, hasrat ini kami zahirkan dengan pelaksanaan beberapa dasar seperti PANCAKU, Wawasan UNITI dan lain-lain.

Semoga Kolej UNITI Kota Bharu, memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang, berinovatif, berdaya saing serta menjadi terbaik di Malaysia.

Sekian terima kasih.

“Keusahawanan Pelajar Bermula Di Sini”

Dato’ Haji Jamal Bin Mohd Amin

Presiden UNITI ASIA Group

Dato' Haji Jamal Bin Mohd Amin

JAMAL MOHD AMIN (Presiden UNITI Asia Group) merupakan kelulusan dari Kejuruteraan Geoteknik MSc, Universiti Michigan, Ann Arbor Amerika Syarikat. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun sebagai ahli perniagaan industri. Sebagai Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Putrajaya (DPMM) sejak 2013 hingga 2016, beliau telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.

Beliau juga mempunyai pengalaman dalam sektor pendidikan tinggi swasta selain menjadi usahawan versatil yang sentiasa menjana idea bisnes yang baru.