Visi, Misi, Falsafah, Moto & Matlamat

VISI

Menjadikan Kolej UNTI Kota Bharu buah institusi pendidikan tinggi (IPT) yang mengungguli pendidikan bersepadu

MISI

Kami bertekad untuk menjadikan Kolej UNITI Kota Bharu (dahulu dikenali sbg Kolej Jaiputra) sebagai sebuah IPTS yang berdaya saing dan mengungguli pendidikan bersepadu untuk melahirkan tenaga profesional yang seimbang dan bertaraf dunia selaras dengan aspirasi ummah

FALSAFAH

Ketuhanan adalah asas ilmu yang benar. Alam seluruhnya disediakan untuk kemakmuran sejagat. Manusia bertanggungjawab terhadap Rabbul Jalil atas segala tindak tanduknya. Mematuhi hakikat ini, Jaiputra berusaha membina insan yang bertaqwa dan berketrampilan melalui pendidikan bersepadu

MOTO

"Ketaqwaan, Ketrampilan, Kecemerlangan"

"Bertekad Mentarbiyyah"

MATLAMAT
  • Menjadi model sistem pendidikan tinggi bersepadu di Malaysia dan negara serantau.
  • Mencapai pengiktirafan kualiti bertaraf antarabangsa dari aspek pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran.
  • Melahirkan graduan yang berkeperibadian seimbang dan boleh dipasarkan.
  • Mempunyai warga kerja yang berprestasi tinggi dan mengamalkan prinsip-prinsip Islam.
  • Memperolehi pertumbuhan keuntungan yang berterusan.
  • Prasarana pembelajaran, pengajaran dan persekitaran yang kondusif untuk keseluruhan warga kolej.