Pengenalan

Written by Alkhudhri on . Posted in Profil

logo unitiKolej UNITI Kota Bharu,(sebelum ini dikenali sebagai Kolej Jaiputra) telah ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ( Akta 555 ) pada Mac 1998. Sejarahnya bermula pada bulan Januari 1997, apabila sekumpulan ahli akademik melihat peri pentingnya sebuah institusi pendidikan berasaskan professional dan agama ditubuhkan, maka sekumpulan ahli akademik diketuai oleh Datuk Seri Dr Dzulkifli Ahmad ( Menteri Kesihatan sekarang ) telah sama-sama menubuhkan Kolej ini. Pada awal penubuhan Kolej ini, kolej beroperasi di Bunut Payung Kota Bharu berhampiran Wakaf Che Yeh, namun bermula Julai 2005 Kolej  telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Kg. Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, PCB Kota Bharu.

Kolej UNITI Kota Bharu, telah meletakkan  teras strategiknya bersandarkan Wawasan 2020 Kolej UNITI. Diantaranya  ialah meletakkan Program Keusahawanan Pelajar sebagai nice Kolej UNITI  .Di Kolej UNITI, pelaksanaan Pogram Keusahawanan Pelajar menjadi satu perkara yang sangat dititik beratkan. Perlaksaan program ini dijalankan sebagai memenuhi keperluan dan perkembangan dunia semasa pada hari ini, selarasnya dengan Revolusi Industri 4.0 .  

Kolej UNITI Kota Bharu telah menghasilkan hampir 5000 orang alumni yang bekerja dalam pelbagai sektor samada kerajaan mahupun swasta di seluruh negara. Telah menjadi komitmen mutlak kami untuk menyediakan peluang mendapatkan akses terbaik kepada pendidikan,. Kami di Kolej UNITI jugak berazam memastikan  graduan lepasan Kolej UNITI Kota Bharu menjadi terbaik diantara yang terbaik.

Kronologi :

 1998  Ditubuhkan pada 30 Mac 1998 dengan nama Kolej Jaipetra dan beroperasi di Kampus Bunut Payung Kota Bharu, Kelantan 
 2004 Mengalami transformasi dari Kolej Jaipetra kepada nama baru iaitu Kolej Jaiputra 
 2005  Pada Julai 2005, Kolej Jaiputra berpindah ke Kg Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan
 2016 Kolej Jaiputra menjadi  Kolej UNITI Kota Bharu