Soalan Lazim

Written by Alkhudhri on . Posted in Uncategorised

Di manakah lokasi Kolej Uniti Kota Bharu?

Kolej Uniti Kota Bharu terletak 10km daripada Bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Alamat Kolej Uniti Kota Bharu, Kampus Kijang Lot 1911 Jln PCB 15350 Kota Bharu Kelantan.
Tel : 09-7747449 / 09-7747450 / 09-7745451 Fax 09-7743006

Program yang ditawarkan di Kolej Uniti Kota Bharu?

6 program yang ditawarkan ialah
  • Diploma Pengurusan
  • Diploma Pengajian Islam
  • Diploma Psikologi
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Diploma Pengurusan Industri Halal
  • Diploma Pengurusan Muamalat

Apakah syarat kemasukan ke Kolej Uniti Kota Bharu?

Syarat kemasukan ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurang tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

Tempoh pengajian yang ditawarkan?

  • 2 1/2 tahun bagi program Diploma Pengurusan , Diploma Pengajian Islam , Diploma Psikologi.
  • 3 Tahun bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak , Diploma Pengurusan Industri Halal , Diploma Pengurusan Muamalat.

Adakah Kolej Uniti Kota Bharu mendapat pengiktirafan?

Ya. Kolej Uniti Kota Bharu mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) , Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta mendapat pengiktirafan IPTA tempatan.

Apakah kemudahan kewangan yang disediakan?

  • Yuran pengajian yang kompetatif dengan Pakej pembayaran Fleksibel.
  • Pakej tajaan/Pinjaman Daripada MARA /PTPTN dan Yayasan Negeri-negeri.
  • Diluluskan untuk pengeluaran KWSP (Akaun 2)
  • Pinjaman daripada Bank-bank terpilih
*tertakluk kepada syarat & kelulusan

Kemudahan yang disediakan?

  • Kolej dengan Fasiliti Kampus & Asrama Sepanjang Pengajian
  • Kemudahan pembelajaran dan pengajaran dengan suasana yang kondusif
  • Tenaga pengajar berpengalaman dan komited
  • Kemudahan penginapan dalam suasana UNITI VILLAGE