MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MPM SESI 2019/2020

Written by Admin KUKB on . Posted in Berita

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) sesi 2019/2020, telah diadakan pada 12 Februari 2019. Majlis telah diraasmikan oleh En. Shaharom Bin Azmin, Ketua Pegawai Operasi Kolej UNITI Kota Bharu. Sebelum itu Pilihan Raya Kampus bermula dengan sebanyak 26 borang penamaan calon yang telah diagihkan kepada pelajar. Majlis penamaan calon diadakan pada 20 Januari 2019, seramai 16 borang borang pencalonan telah diterima dan layak bertanding. Manakala 22 Januari 2019, telah diadakan malam manifesto bagi memberi peluang kepada calon untuk membentangkan manifesto masing-masing. 29 Januari 2019, mahasiswa menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih calon yang diyakini dapat menjalankan amanah yang diberikan. Kemuncak proses pemilihan ini adalah dengan penyerahan fail sebagai simbolik peralihan kuasa MPM, penyerahan watikah lantikan dan ikrar MPM sesi 2019/2020.

MPP