Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya dan seluruh warga Kolej UNITI Kota Bharu mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung laman web ini. Dalam dunia maklumat tanpa sempadan masa kini, laman web ini amat penting untuk menyalurkan pelbagai malumat terkini mengenai kolej, kegiatan para pelajar dan warga kerja kolej.
Kolej UNITI Kota Bharu telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan telah melahirkan ramai graduan di dalam pelbagai bidang. Kolej UNITI bukan sahaja menekankan aspek kecemerlangan dalam bidang akademik, malah turut menekankan aspek kerohanian dan pentingnya penglibatan dalam aktiviti luar bilik kuliah.
Sehingga hari ini, Kolej UNITI amat komited dalam membantu dan memberi peluang melanjutkan pengajian kepada lepasan SPM terutamanya pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana. Telah terbukti pelajar-pelajar seperti ini, bila diberi peluang mereka boleh berjaya dengan amat cemerlang. Kolej UNITI akan terus memberi sumbangan kepada Pendidikan Tinggi Negara dalam melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Saya amat berterima kasih kepada semua warga kerja Kolej UNITI Kota Bharu yang sentiasa menyokong dan komited dalam usaha merealisasikan matlamat Kolej UNITI.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pengunjung laman web ini. Semoga Kolej UNITI Kota Bharu dapat membantu anda dalam mencapai impian untuk cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri.
Puan Seri Banun Binti Bahtiar
Ketua Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu