Kursus Diploma Pelancongan Amalan Halal (DPAH) ini direka untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, operasi kaunter hadapan, perkhidmatan interpretasi pengunjung, sistem rangkaian global, pelancongan rekreasi, teknik pemandu pelancong, operasi dan pengurusan acara dan teknologi dalam pelancongan juga ditekankan untuk menyokong pemikiran kreatif dan kritis.
Perbezaan yang diketengahakn oleh Diploma Pelancongan Amalan Halal (DPAH) berbanding dengan Diploma Pelancongan yang lain ialah, silibus yang direka menekankan tentang sektor pelancongan dalam aspek agama Islam. Pelajar akan dapat membezakan antara sektor pelancongan secara global dan pelajar juga akan diberi pendedahan tentang sektor pelancongan kearah keislaman.
LALUAN KERJAYA
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
- Agensi Pelancongan
- Hiburan, Rekreasi dan Sukan
- Industri Budaya
- Pengurusan Majlis
- Perhubungan Awam
- Pengurus Pemasaran Pelancongan
- Operasi Penerbangan
- Hotel (“Food & Beverage” / Pengurusan)
- Restoran
Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.